Spiderman 3

Lama ok tak update.. bz mcm hape jek..

We had lunch together on Monday.. siap gi beli tiket cite Spiderman 3.. dah nak abis ditayangkan di pawagam, barulah kami terhegeh-hegeh hendak melihat aksi abang spider dan kakak Mary-Jane.. hihi.. memula book 28 Weeks Later jugak.. konon nak tengok back-to back la.. 28 Weeks later kul 6.50, then Spiderman 3 kul 8.50.. tapi arnab saya asik diganggu oleh Senior Managernya sepanjang hari, jadi niat itu terpaksa dibatalkan.. tgk abang spider jek lah.. he sent me back to the office and gave me his notebook so that I can re-format it [macam-macam virus diternak oleh laptop beliau ok] and install the new software yg hampeh tu.. yang makcik gi training dulu tuh..

He picked me up at home pukul 8.30 okehhh.. show kul 8.50, and my house tidaklah begitu dekat dengan pawagam tersebut ye.. dah la hujan lebat.. siap bole singgah Shell lagi untuk memenuhkan tangki.. carik parking lagi.. last2 masuk kul 9.00 ok.. letak je bontot di kerusi.. abang spider pun mula ditayangkannn.. hehehe.. pandai kite mengatur masa kan sayang..? Agak best juga cerita itu, apa lagi bila saya mula berangan yg saya ialah Mary-Jane..

Adalah sangat best ok jika mempunyai seorang boyfriend seperti Spiderman.. Hmm..

The next day arnab hantar kete dia untuk dibaiki oleh abang mekanik.. kete beliau itu byk bercalar dan kemek juga.. sgt pandai beliau itu menjaga kereta.. hahah... jadi kemarin adalah tidak dapat bersua..

Yesterday he picked me up after work.. Laptop beliau pun dah siap re-format and dah installed everything.. gi makan ice-cream, then he sent me home.. sampai umah je, baring-baring jap.. konon nak rehat.. last-last tido ye... he called me around 11pm untuk memaksa makcik pegi mandi.. abih je ckp, tido semula.. entah hape la yg penat sangat ntah.. maybe becoz I spent my whole day kat office dengan membetulkan laptop staff ok.. satu hari suntuk baru siap sebijik.. macam manalah nak siapkan 16 lagi laptop before 15 June ni weyyyyy... pecah la kepalo den.. setiap laptop akan menghasilkan error msg yg berbeza-beza yaa.. jd sangatlah stress.. takkan tiap2 hari aku nak tido kul 8 malam kot? Macam mana hendak pergi berdating..? hehehehehe....

Hukhuk
Hari ni MC sbb period pain okeh.. gua benci period pain.. Dedulu mase memula period, takdela pulak aku sakit perut kan.. so mengeksyen dengan kengkawan..

"Eh, kenapalah korang ni sakit-sakit perut ek..? Aku period tak sakit perot pun.." kata saya dengan nada riak..

Bila masuk Form 2 or Form 3, asal period je, sakit perot.. Rasa mcm yg tahap parah punya okehhhh.. sampai takde selera makan and rasa nak muntah-muntah.. tapi first 2 days je la.. lepas tu ok.. so skrg ni everytime period, terpaksa la menelan ponstan untuk mengurangkan rasa sakit..

Rasakannn..

Dulu eksyennnn...

Demm yuh period painnnn!!!~
Bored
1. 4 names in your HP inbox?
- \(^,^)/, Jojet, Maxis (missed calls notification - ini pun aku tak delete lagi..hoho) Oh sori, ada 3 jek

2. Your main ringtone?
- Wait A Minute - PCD fet Timbaland

3. What u did at 12 last night?
- Talked on the phone with \(^,^)/

4. Who was the last person u went out with? where?
- This afternoon with my parents jalan-jalan.. I'm a good daughter :)

5. The color of the t-shirt you're wearing now?
- It's a black baby-T yg ade bijik2 manik.. my nephew will membebel each time he hugged me sbb kene kat pipi dia yg chubby tu.. hihi

6. The last thing u did ?
- Updated my blog..

7. 3 of your everyday favorite things ?
- Meet up my bunny, hugging and kissing..

8. The color of your bedroom?
- Emm.. very light purple

9. How much money in your wallet now?
- Apakah soalan ini? RM95.. keji gile.. aku takde duit skang

10. How's life?
- Very good :)

11. Your favorite city?
- Dunno

12. What will you do next weekend?
- He'll be here dis weekend.. so of course la I'll be with him 24-7

13. When's the last time u meet your mom?
- She's in-front of me okehh..

14. Where is she now..?
- Please refer above

15. When did the last time you talked to her?
- 1 sec ago

16. Who is the last person that texted you ?
- My bunny :)

17. Where did u have your dinner last night?
- Home sweet home

18. The last gift u've got?
- An anklet

19. Last thing u borrowed from your friend?
- Dah lame gila.. mane nak ingat wey

23. What do you feel now?
- Gersang.. hahah

28. What do you order at McD?
- Spicy chicken mcDeluxe, large fries, ribena, nuggets (gila byk aku mkn)

29. The last time u feel so sad?
- This afternoon

30. What is your wish for tomorrow?
- Cepat la Jumaat.. aku sudah tidak sabar menanti kepulangannya...


Kak Midah dan Sudin

Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Selayang. Peniaga ayam ini nama dia Sudin. Dia jual ayam yang di beli dari beberapa tempat. Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam Sudin.

Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih.

Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain.

Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis.

Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia. Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya. tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis.

Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,

Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ke?.

Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik dekat Tanjung Malim)

Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua ayam dari tempat lain.

Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal).

Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat Kak Midah tak kenai ke ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.

Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.

Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam. (lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu)

Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya.

Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.

Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.

Sudin : Tak!!! (Bengang)

Kak Midah : Famili ada kat sini ke?.

Sudin : Tak dak!!

Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa? .

Sudin : Raya sorang-sorang.

Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.

Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.

Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?

Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)

Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana .

Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata......) Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah belek punggong saya dan teka saya berasal dari mana? .

Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)


Adakah Begini?

Pengawas Yang Kerek
Hari ini telah makan mihun sup sahaja sewaktu lunch bersama seorang kawan lama.. hihi.. dulu sekolah rendah bersama-sama, sekolah menengah bersama-sama, tapi tidaklah berapa rapat.. tapi tadi telah menghabiskan masa bersama-sama untuk memflashback zaman sekolah.. ecehhh.. memorylah konon..

Sewaktu darjah 2, adalah sangat teringin untuk duduk di kelas bawah (bawah bukit - sebab sekulah gua berbukit bukau ye..) Ini adalah kerana kelas di bawah itu ada telefon yg tersangkut di dinding.. umpama interkomlah.. padahal untuk kegunaan cikgu je.. tapi tetap mahu juga menduduk di kelas itu.. kerana jika telefon berbunyi, bolehlah mengangkat telefon itu.. ahah.. cacat cacat... malangnya selama 6 tahun di sekulah itu, tidak pernah sekali pun dapat kelas tu yer.. Sekulah saya masa itu ialah SRK (Sekolah Rendah Kebangsaan ye, bukannya Shah Rukh Khan) hoho.. SRK maknanya tidak mendapat bantuan penuh kerajaan seperti Sekolah Kebangsaan.. mcm sekulah separuh swasta laa.. jadi sekulah saya macam ala-ala antik la sikit.. actually sekulah tu dulu2 sekulah Kristian.. sampai sekarang pun still ada tanda salib yg besar gila kat tepi dinding blok kelas tu ye.. apapun para pelajarnya semua comel2 belaka ya.. ini diakui oleh arnab.. eceh.. katenye sekulah saya telah menghasilkan para pelajar yg cumil lagi getiks.. hehe.. mmg punnnnn..

Lepas itu, bila darjah tiga, saya dapat menjadi Pengawas.. wahhh.. adalah sangat best ini ya, kerana dapat pergi sekolah dengan memakai tie dan juga nametag yang ada tulis PENGAWAS.. jadi budak-budak darjah 1 dan 2 akan takutlah dengan saya kerana risau nama mereka akan ditulis jika mereka kerek.. kih kih.. kadang2 tugas pengawas ini adalah pelik juga..

1. Jaga kelas : Pengawas harus memastikan kelas dlm keadaan siuman dan terkawal.. budak2 yg bising haruslah ditulis namanya di papan hitan (masa tu takde lagi whiteboard nih) , bila dia dah diam, boleh padam namanya.. so being a keji pengawas, kelas yg saya jaga selalu ada byk nama budak bising.. hahahaha.. tapi bila cikgu diorang masuk je, saya akan padam balik semua nama itu.. jadi apakah ertinya menulis nama mereka?

2. Jaga barisan masa assembly : Di sekulah saya dulu, setiap hari ada assembly.. jadi haruslah pastikan barisan adalah tegak yer.. kelas yg paling tegak barisannya, pengawasnya akan rasa bangga dan riak jua.. kelas saya adalah selalu tidak tegak barisannya.. sbb saya selalu berbual dengan pengawas kelas sebelah di bahagian belakang.. hahah.. sewaktu berbaris juga adalah tidak boleh bising.. jadi mesti suruh mereka letak jari telunjuk di bibir.. adakah boleh mendiam jika buat begitu? kanak-kanak.. ape yg mereka tauuuuu.. hahahahaha...

3. Jaga kantin : Ini adalah best juga ya.. dapat keluar merehat awal 15 minit dan makan dulu.. jika terkeluar lambat pun, tiada masalah untuk memotong queue, kerana saya ini adalah pengawas okes... jadi budak2 lain kene respek dan saspek juga.. hahaha.. jaga kantin ertinya memastikan keadaan terkawal dan tiada berlaku perebutan makanan ataupun pergaduhan akibat memotong queue.. hehe..

4. Jaga tangga : Jika difikir-fikir, ini adalah tugas yang pelik ye.. menjaga tangga sewaktu rehat.. dah la sekulah aku kat bukit, maka imaginelah ada berapa banyak tangga.. di setiap tangga akan ada 2 atau 3 orang pengawas untuk menjaga.. maka mereka akan memakan di tanggalah juga.. haha.. tugas penjaga tangga ini adalah simple yer.. jika ada budak2 yg tertinggal duit kat dlm kelas, sila temankan mereka ke kelas.. bukan kerana mereka takut, tapi kerana tidak mahu mereka mencuri.. budak2 yang tetinggal brg ni selalunya akan sangat kecut perut utk mintak permission naik ke kelas ye.. kerana jika berlaku kecurian, mereka akan menjadi saspek juga.. oleh itu mereka akan bertolak-tolak sesama mereka kerana tidak berani berckp dgn pengawas.. hohoh.. adalah sangat gembira jika tiada pelajar yg tertinggal apa2 pada hari itu, kerana itu bermakna kami tiada kejelah juga.. bole berborak2.. hihi..

Info tambahan : Selalunya pengawas akan ada adik angkat yang cumil-cumil ya.. hahaha.. yang adik2 angkat ni pulak akan rasa bangga teramat jika ada kakak angkat pengawas.. konon cam nnt if ada org kacau or buat diorang bengang, maka adalah point utk mengugut "Saya report kat kakak angkat saya baru awak tauuuuuuu... haaaaaa..." - cacat.. hahaha.. saya adalah tidak ada adik angkat kerana saya adalah pengawas yang keji dan eksyen.. tak mainlah adik2 angkat nih.. adik gua yg kat rumah tu pun gua malas layan...

Penat pula menaip.. nantilah sambung..

Tibe-tibe terasa hendak mkn goreng pisang di waktu hujan begini...
Ibu
Entry ini telah dicopy dari salah satu blog yg saya suka baca (Taiko Must Die).. Tahniah kepada beliau kerana sangat hebat dalam menghasilkan karya-karya yg menarik untuk bacaan umum..

Tajuk entry beliau ialah Ibu.. maka beliau pun bercerita pasal ibu.. funny

1. Ibu Jari (ke.. Jari Ibu?)
Walaupun jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingking tidak dilahirkan oleh ibu jari , tanpa ibu jari susah lah jari-jari yang lain tu nak bekerja. Kecualilah kalau jari telunjuk hanya kita gunakan untuk mengorek hidung (bontot sekali-sekala), jari hantu untuk tunjuk isyarat lucah, jari manis untuk sarung cincin, dan jari kelingking untuk korek telinga.

Bayangkan kalau anda takde ibu jari? nak suap nasik susah, nak ambik barang susah, nak tumbuk orang pun tak sakit.

Cuma, nak basuh berak je senang. Saya tak taulah kalau anda includekan ibu jari masa anda basuh berak. Sebab itulah ibu jari tugasnya suci. Walaupun kita hanya ada ibu jari, kita akan sentiasa bersyukur sebab sentiasa tunjuk tanda 'good'. Heh heh

2. Ibu Roti
Walaupun ibu roti tak mengandungkan dan melahirkan roti, tanpanya roti akan jadi lempeng sahaja. Ya.. saya tahu, lempeng juga sedap dimakan kalau dapat cicah dengan sardin. Tapi, roti enak dimakan begitu saja. Kalau tak caya cuba dengar lagu iklan Gardenia.

3. Ibu Kota
Saya suka lagu 'Ibu Kota cinta' nyanyian Def Gab C. Walaupun suara penyanyi dia sengau sikit, tapi sungguh sesuai dengan genre lagu yang dibawak. Tahukah anda bahawa 20 tahun dulu, radio KLFM di panggil Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK)? Apa kena mengena pulak cerita ni? heh heh

4. Ibu Mertuaku
Cerita P. Ramlee ini pernah memenangi anugerah dalam Pesta Filem Asia. Dalam kategori apa aku tak ingat la. Korang bayangkan lah kalau P. Ramlee takde ibu jari. Mesti dia susah nak main seksofon. Begitu jugak dengan Chombi, kalau ibu dia takde, entah-entah dia pun jadi buta. Silap-silap jadi bohsia. Dah la buta, jadi bohsia pulak tu. Hina sungguh! Aku takut kalau ada Bohjan ajak buat projek dalam kereta, dia nak pegang lain, tapi terpegang batang gear. Heh heh heh.

p/s: Kalau korang nak tunjuk kepada isteri korang yang korang lebih utamakan keluarga isteri korang dari keluarga korang, senang aje. Korang kena sayang ibu mertua isteri korang melebihi korang sayangkan ibu mertua korang sendiri.

5. Ibu Ayam
Ibu ayam sanggup merelakan dirinya bertelur untuk menyambung zuriat. Korang bayangkanla - Ingat senang ke nak keluarkan telur tu? Takde bidan yang sambut pun! Dah la telur tu besar. Lepas tu sanggup pulak mengeram telur sampai menetas. Korang sesuka hati je curik telur tu untuk makan. Cuba ayam pulak yang curik telor korang? Lebas tu diorang patuk-patuk telor tu untuk makan. Apa perasaan korang?

6. Untukmu Ibu
Lagu nyanyian kumpulan Exist ni sungguh pelik.

" Ohhh Ibuuu.. kau disiram bayu pagi"

Ooo.. mungkin ibu dia kerja menoreh getah. Tak pelik.. tak pelik.. aku silap. Mintak maap.

Selamat Hari Ibu
Barney & Nina
Hai, selamat pagi.. hari ini telah bangun awal kerana kononnye hendak pegi ke driving school.. bangun dengan bersusah payah kerana malam tadi telah tido lewat.. bila dah sampai di driving skool, orang itu dengan selamba saje menyuruh gua datang esok okehhhhh...!! hoh.. tau tak betapa susah aku nak bangun pagi tadi munyetttt..???

Jadi pulang semula ke rumah dengan tiada perasaan.. takdelah marah sangat mungkin sbb saya adalah masih mengantuk.. jadi baring sajelah di katil yg indah ini.. lepas itu arnab called.. he he he.. itulah yg kutunggu.. beliau itu baru bangun.. after 20 minutes, beliau nak mandi dan pegi membreakfast pula.. pasti boring kerana hari-hari membreakfast di hotel saja..

Lepas itu cousin pula menge'call' dan memberitau malam ini ada birthday party Nina.. 2 years old.. then hadiahnye pula perlu berasaskan Barney ye.. hadoi.. barney itu ialah sejenis raksasa berwarna ungu.. nak kata bear, bukan bear.. panda pun bukan.. arnab lagilah bukan..

Ape ek?
My Celebrity Look-alikes
Kemahiran Hidup
Pada suatu hari di hujung minggu, saya telah ke office untuk mengambik barang.. sewaktu mengemas2 drawer, saya ternampak satu envelope yg sangat misteri.. jadi saya pun dengan saspen membuka envelope tersebut untuk mengetahui apakah isi kandungannya.. Oh alangkah terkejutnya saya melihat result2 exam dan sijil2 saya ada di situ.. Diploma aku pun ada sekali ye.. bagaimanakah boleh berada di office eh? Sudah berapa lamalah agaknye sijil2 saya itu bermastautin di dlm drawer tersebut.. barulah saya teringat yg saya pernah mebawa sijil2 itu untuk difotostat sbb aku nak anta resume kat tempat lain.. hahah..

Jadi bawaklah pulang kan.. dlm kereta, cam biaselah cite dekat arnab.. pastu beliau pun menyibuk2 hendak melihat transcipt tersebut.. hoh.. nasib baik tak dikutuk mahupun dikeji beliau, sbb result gua takdelah teruk sangat ye walaupun tak dapat 4 flat.. hehe.. tibe-tibe beliau bertanya,

"Ni kalau suh buat skrg Financial Accounting ni bole tak..?"

Oh apakahhh..? mengapa tibe-tibe hendak menyuruh beta membuat Financial Accounting di dalam kereta..? hendak menduga keupayaanku lah tu.. hihi.. tak pastilah boleh buat lagi ke tak subject tu.. lantas saya teringat kepada seorang guru saya di sekolah menengah.. cikgu Kemahiran Hidup ye.. saya dulu pelajar Ekonomi Rumah Tangga, sbb itu pandai buat milo yang sedap untuk arnab.. eheheh.. cikgu ape ntah nama dia ek.. alaa.. ni yang gua stress ni tak ingat nama dia.. hadui.. tak kesah la ape nama dia pun.. yang pasti cikgu ni sangat garang dan suke memakai perfume yg baunya mampu memeningkan orang yang 500 meter jauhnya.. haih..

Cikgu ni sangat garang, tapi setiap tahun beliau akan maternity leave.. asik beranak je.. dengan laki kau, kau tak garang pulak ye? Ok, cikgu ni suka menyergah orang.. bad habitlah kirenya.. selalunya beliau akan sakit jiwa bila mengajar subjek akaun.. yelah masa tu baru form 3 kan, manelah reti sangat akaun2 ni.. setakat buat catatan beregu, imbangan duga, akaun untung rugi and kunci kira-kira.. hoh.. (padahal bukan ingat pun, sanggup called arnab tadi, tanye dia ape step2 buat akaun..hahah) Cikgu ni akan secara tiba-tiba menyergah..

"Hah, aset debit ke kredit..???!!!"

"Hah.. Erk.. aaa... ermmm.. debit.."

"Ape??? debit..???!!"

"Eh, eh.. takkk.. kredit..."

See.. dengan senang jek aku tukar jawapan bila kene sergah.. keji tak kejinya cikgu gua.. padahal dah betul dah jawapan aku memula tu.. hampeh.. oleh itu setiap kali kelas KH, saya pasti akan rasa kecut perut, seram sejuk, pening-pening, dan seperti hendak muntah darah.. hendak keluar mengencing pun kadangkala adalah takut ye.. then setiap kali ternampak cikgu ni, saya akan jalan ikut tempat lain kerana tidak mahu bertentang mata dengan beliau.. hoh.. jahat punya cikgu..

Cikgu, if u read this (walaupun aku tau dia tak bace..) ketahuilah dikau bahawa satu hari nnt kalau saya menjadi cikgu, ataupun cikgu tuition, anak cikgu pasti saya akan buli.. marah.. keji.. hine.. jerit2 kat dia.. marah2.. dan sergah dia berulang kali sehingga dia turut merasa ape yg saya rasai okehhhhhhhh...
Related Posts with Thumbnails