Mengular
Big Boss sorang gi lunch.. entah kul bape nak balik, ntah-ntah tak masuk dah.. sorang lagi pegi meeting.. 2 orang lagi MC.. tak ke sorga namanya tu kalau bos seme takde? hihihihiii.. @ayukOh tinggal sorang bos je.. tapi tu bos sporting @setan

Jadi petang ni akan diperuntukkan untuk mengular dan berborak-borak di office, YM, MSN, Sametime, mahupun menerusi telefon @hensem

Ok, nak gi berak dulu sebelum menjalankan misi mengular.

Bye @ayam
MC Seminggu
Aku dengki dengan along ok..
Dia dapat MC sampai 6hb.. Oooohhhhh Nooooo..!! @nangisSemalam dia pegi KMC dengan niat berkobar-kobar nak masuk wad. Mungkin dah tak sanggup nak menggaru-garu perut dia. Tetibe doctor takde plak offer "Awak nak masuk wad?" Sebaliknya, "Saya bagi awak MC seminggu nak?" Mestilah along dengan sukarelanya menerima tawaran tu kan. Kalau duduk wad, dia mungkin akan boring bile semua org balik umah.. Tapi kalau MC, dia boleh melepak ataupun pergi bershopping kat East Coast Mall yang akan dibuka hari ini @sengihnampakgigi

Smlm masa gua tgh sibuk kat office, dia sms,

East Coast Mall sok, aku mc sampai 6hb.. g beli baju baby jom


Doc cakap maybe kegatalan tu disebabkan alahan terhadap lotion jugak. Sebab along ade pakai lotion gak masa memula stretch marks tu muncul.. Maybe dia igt gatal biasa-biasa je memula tu.. bile dah serius, baru la nak gi carik doc. Tapi takpe, janji MC seminggu.. hahahah

Gua pun dah lama tak cuti ok.. bleh dapat anugerah la camni.. hihi.. MC tak kire la, tiap-tiap bulan pun aku MC. Konon-konon je MC, padahal pegi soping.
Nenek Masak Kari
Smlm along MC.. harini MC lagi.. dia nak pegi Kuantan Medical Centre, nak mintak masuk wad. Sesuka hati ko je, hoh. Tapi kan, kalau kat KMC tu, ko sesema pun boleh mintak warded. Yelah kata hospital swasta kan.. ko sakit kepala pun bleh tido wad sehari dua..

Tapi kes along ni, ialah kes alahan ibu mengandung, ceaa pandai2 je aku buat analisis mengalahkan Dr House.. along dah mengandung 8 bulan.. akhir bulan 5 ni dia beranak la.. tapi sejak seminggu dua ni, perut dia punye strechmarks tu jadi gatal-gatal tau.. aku pun tatau apsal.. org kata mmg la strechmarks tu gatal.. tapi apsal strechmarks kat bontot gua tak gatal pon? Hahahahah

Dulu masa first baby, dia punya strechmarks byk kat peha.. jadi gatal-gatal gak, tapi tak la serius mcm skarang ni.. kalau tengok minah ni dok menggaru, fuhhh ngeri.. besungguh-sungguh betul.. aku rasa anak dia dlm perut tu pun pening. Sampai jadi mcm luka tau.. aku rasa kot perut dia besar sgt kot..

Semalam dia lepak kat umah, so bile petang tu dah letih, tido la kan.. tapi mak ckp dia tido pakai bra ngan suar katuk je.. sebab skang kan musim panas.. so kalau badan bepeluh, lagi la gatal merenyam kan.. pastu anak dia tanya kat mak,

Nenek, kenapa mama tu tido macam tu? Kenapa mama pakai nenek masak kari je?


note: "Nenek masak kari" tu bahasa anak sedara aku untuk "spende".. sebab kan ada lagu budak-budak "Tom & Jerry, nenek masak kari.. bla bla bla" So masa memula dia start pakai spende dulu, mama dia belikan spende gambar Tom & Jerry.. Everytime nak pakai spende, mesti nyanyi lagu tu.. tu yg langsung melekat sampai skang.

Dah masuk dua orang anak pun, strechmarks dok gatal gile-gile lagi.. camne la kalau aku yg slim ni pregnant sok.. mesti perut mengembang kaw-kaw punye.. konfem lagi gatal kot.. eeeeee.. takmo pikir..

Bye
Lunch Hari Ini
Walaupun kesibukan, tetapi adalah teringin hendak mengupload gambar pada hari ini.. Jadi dipersilakan menonton makanan tghari saya pada hari ini..

Nasik Goreng Chicken Chop.

Sedap ok.. Tak tergambar dengan kata-kata.. tambahan pulak harganya RM6.90 termasuk air, nett ye.. sekali dengan service tax, gov't tax.. oohhh.. bahagianya melantak sebegini. Ini pakej makan tgh hari kat kedai ni.. ape tah namanya.. Coconut Village tak.. entah la, gua makan je, nama kedai tak check, hihi

Air Oren

Nampak je macam tak sedap, tapi rasanya boleh tahan.. Ni bukan juice pun.. Ni pun dah mintak kurang ais.. kalau normal agaknye air tak sampai stgh gelas kot.

Apakah kaitan sebijik kelapa dengan makan tgh hari?

Tadaaaa.. Nasik Pandan (Ayam Rendang)

Kelakar ok.. masa nak order tu punye la soal siasat budak tu.. siap tanya, kena makan betul-betul dalam kelapa ke.. or mangkuk tu bentuk kelapa? hahaha.. haaa amik ko, mkn dlm kelapa ok. Ke mana perginya air kelapa itu agaknya ya?

Airnye dituang ke dalam gelas @sengihnampakgigi

Nampak tak rendang tu? Yang kat sebelah dia tu, keropok. Yang kat belakang tu, penudung kelapa, iaitu kelapa jugak, hihi.. kat sebelah kelapa tu, siput.. siput perhiasan je.. tak boleh makan. Tapi kalau terbalikkan siput tu, mungkin boleh dibuat ashtray @jelir

Rendang tu sedap ye.. ade 4 ketul ayam. Ni rendang utk nasik goreng yg dalam kelapa tu.. Walaupun hidangan utk sorang, tapi tak habis makan pun. Sebab dia bagi bahagian isi je semua..

Ok, cukup. Kang tak pasal-pasal aku balik keje lambat hari ni [sebab tak siap keje]

Bye
Penjual Kambing
Hehe.. Aku nampak iklan ni kat lif, masa on the way nak gi toilet.. rasanya Encik Faizul ni ada tepek iklan ni kat semua level kot.. sebab takkan la kat level ni je kan..

Siap boleh bisnes kambing okehh @sengihnampakgigi

Ade sape-sape yg nak buat majlis tu teringin nak beli kambing? Hehe
IRB Yang Bikin Panas
Korang dah buat e-filing ke kat IRB? Walaupun gua tak kena bayar cukai, tapi aku kan rakyat yg bertanggungjawab.. hihi.. tahun lepas Bitbit yg buatkan aya punye BE Form. Tahun ni dah pakai e-filing pulak. Tapi kena ade pin number. Jadi pagi tadi saya pun call IRB Kuantan and tanya camne nak dptkan number pin tu. Bongok tak, suruh buat online, tapi kena number pin la, ape la.. Dah tu suruh dptkan nombor pin kat IRB terdekat. Kan ke satu kebodohan di luar batasan tu? Nasib baik kalau setiap kali buat payment thru Maybank2u, tak payah mintak TAC tu kat Maybank berdekatan, kalau tidakk..... [tetibe Maybank pulak terlibat]

So tadi kan memula saya call IRB Kuantan, dia ckp TAK BOLEH mintak pin num thru phone. Dia mintak saya fax salinan IC, and bagi contact number.. nanti dia akan call.. tapi bila saya nak fax, tetibe tak dpt2, bukannye engage, tapi mcm line phone takde org pikap pulak.. dok ringing je.. kan kalau fax machine, sekali ringing je kan..

Pastu saya try call balik IRB kuantan, nak konfemkan number.. mane la tau kot2 aku yg ngok ngek salah tulis number kan..

call tak dapat..

call lagi.. tak dapat..

dok engageeeeeee je.. kalau tak engage pun, takde org pikap.. darah sudah agak panas masa ni.. pastu saya call PUSAT KHIDMAT PELANGGAN yg kat KL tu.. Amik number dia kat website tu la kan.. yg toll free punye number.. dengan harapan number toll free ni mesti byk operator..

robot : terima kasih kerana menghubungi lembaga hasil dalam negeri. Untuk Bahasa Melayu, tekan 1. For English, press 2.

so saya pun tekan 1.

robot : untuk individu, tekan 1. Untuk syarikat, tekan 2. untuk e-filing, tekan 3.

so saya pun tekan 3.

robot : untuk bla bla bla, tekan 1.. bla bla bla bla bla.. untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan kami, sila tekan 0.

so saya pun tekan 0.

robot : sila masukkan nombor rujukan cukai atau nombor kad pengenalan baru anda.

so saya pun masuk number ic.. 83032106*5*.. aikk terus dia sambung.. tak sempat nak tekan satu lagi number. Mcm pelik lah kan, apsal plak tetibe sambung terus padahal number ic masuk tak abis lagi?

as expected, robot ckp : maaf, input salah.

bongok. padahal dia yg tak menyempat2 sambungkan saya. maka saya pun menerai call lagi sekali. kali ni saya masukkan nombor rujukan cukai pulak. pastu dia pun sambung la.. bagi dengar lagu dulu.. ting ting ting ting ting..

robot : maaf, semua pegawai kami sedang sibuk. sila tunggu.

tunggu... sambil dgr music lagi.

robot : anda berada di giliran dua belas.

APAAAA...???? DUA BELAS????

ciss cisss.. berapa lama nak kena tunggu kan.. tapi takpe, gua tunggu lagi babe.

robot : maaf, semua pegawai kami masih sibuk. sila gunakan talian alternatif 03 4289 3636 atau layari laman web kami di www.hasil.org.my..

tut tut tut tut.. terus putus.. padahal tadi ckp saya kat nombor 12, tetibe langsung tak dpt ckp terus. Tapi takpe, gua sabar lagi.. maybe TERPUTUS kan.. So try lagi sekali dan mengalami kembali semua yg berlaku di atas. Dan saya masih lagi dpt giliran ke dua belas lepas call kali kedua..?? monyeetttttt..!! Then call talian alternatif tu pulak, lagi bangang, engage tak abis2. Sakit ati dah.. saya call balik IRB kuantan.. still engage yeeeee.. gerammmmm..

Last2 saya call IRB Trengganu ye, hihi.. call sekali je, takde engage2 pun..

saya : cik, saya ni call dari kuantan, tapi boleh tak kalau saya nak mintak nombor pin untuk e-filing?

cik tu : ooo.. bolehhh.. nombor pin tu boleh mintak dari mana2 cawangan pun.. cik call number ni 096203323 atau 3422. Ni directline utk kaunter e-filing kita.

saya : oo.. time kasih (dengan hati girang)

pastu saya pun call.. terus dapat okkkkkk..

saya : cik, saya ni call dari Kuantan, nak mintak nombor pin untuk e-filing. Saya dah try call irb kuantan, tp dok engage je.. IRB KL lagi teruk, penipu ok, dia suruh saya hold lama2, siap ckp saya giliran ke 12, tetibe putus.. 2 kali try tau.. dua dua kali dpt nombor doblas. tapi tak dapat ckp gak.. buat toll free, tp bile call tak penah dapat okk. Teruklah IRB ni. (suke2 hati kutuk, hahahah)

cik tu : hehehe.. takpe, saya boleh bagi cik punya pin number.. boleh bacakan no ic?

saya : 83032106*5**

cik tu : ok num pin ya 2226 **** 7316 ****

saya : ok, terima kasih daun keladi :)

Saya memang suke mengamuk ok.. Sape-sape yg keje kena deal ngan org ramai ni, sile la efficient. Aku ni kire baik la jugak [walaupun suke mengamuk, tapi aku ngamuk kat mereka yg menyusahkan orang lain je] tapi kalau org tu layan elok, and cekap, konfem aku jadi baik + peramah gile..

Bye
Street Kings
Hai.

Baru je balik rumah ni. Tadi pegi tgk cite Street Kings.

Kul 9.50 tu call Bitbit utk make sure yg dia tak tido. Kalau tido, mau aku gila meroyan nak kejut dia. Nasib baik masa tu dia tgh melukis pelan. Lepas paksa-paksa dia bersiap, gua pun sambung tgk AF yg macam haram tu. Tak best langsung.

Kul 10.30 camtu dia sampai. Malam ni dapat makan 1901's New York Chicken ok, besttt.. tapi makan dalam kete je la.. Movie start kul 11.20pm

Cite ni best jugak la.. pegi la tengok.. pegi la.. pegi la.. hihi

Keanu Reeves sangat gorgeous.

Jam skrg menunjukkan pukul 2.16am, saya sedang tgk Macam-macam Aznil. Artis jemputannya Adibah Noor sangat comel dan juga sungguh lucu, hihihi.. saya tengah gelak ni..

Kesimpulannya, Aznil jugak yang sesuai jadi pengacara AF, kan?
Escape From Huang Shi
Semalam lepas bangun tido, besides berfikir nak masak ape, tetibe terasa macam nak tengok movie. So I texted him and ajak gi tengok Escape From Huang Shi. Kitorang suka okay tengok cite cina perang-perang ni, hihi.. Cube kalau cite Melayu perang, err.. tak mungkin tengok kot =p

Naturally, he said okay.. tapi kalau aku ajak dia tgk Evolusi KL Drift, hohh jangan harapp. Tgh hari tu dia leka pulak main Dungeon Siege Legend Of Aranna. Dah bape kali main pun nak main jugak lagi.. while me, duk depan tv tengok cite Tamil, haha. Tapi cam tak best plak cite tu, sebab kengkonon cite gangster laaa.. dah la shooting kat Malaysia.. tetibe aku rasa mcm tengok filem keluaran Yusof Haslam, bluekk.. kul 5 je, tukar TV3, tengok Kerana Cintaku Saerah, hihi.. dulu tak ikut sgt cite ni, mula tgk pun masa part si Najib @ Jibek kena jadi pak sanggup kawen ngan si Saerah tu, cam sedih lak..

Kul 6 tgk cite Earthstorm pulak.. sambil tu msg si Bitbit.. takleh bagi dia tetido.. kang payah aku nak kejut ok. Dah la kena amik tickets 45 minutes earlier kan.. nasib baik dia duk leka main game lagi. So gua sambung pulak tengok cite Kiss The Girl, cite pasal serial killer yg psycho. Abah cakap ntah-ntah camni la kot Nurin ngan Sharlinie kene sorok.. orang duk la carik kat bandar la, kat rumah la.. padahal ntah-ntah kene sorok kat tengah hutan belantara, takde sape tau.. ee ngeri ok.. aku yg saspen tengok cite ni..

Pastu mandi, then siap-siap.. pastu call Bitbit, tengah main game lagi.. ohhhh.. geramm.. tapi takpe, gua sambung pulak tengok Ghost Rider.. kul 9.30 baru dia sampai, pastu baru la nak pecut.. sape suh main game sampai lupa daratan? Amik tiket, then pegi beli McD je.. tu pun dah nak tutup.. so makan dalam keta laju-laju.. by 10.30 kitorang dah duk kat dlm dengan sukarianya sebab row kitorang takde orang, belakang takde orang, depan pun takde orang, hihii..

Best jugak cite ni.. Sape yg suke cite perang, pegilah tengok. Actually cite ni takdelah perang mcm Rambo sangat. Ni lebih kepada pengalaman mcm mana mamat omputih tu nak menyelamatkan budak-budak kat umah anak yatim tu sebelum tempat tu kena serang dengan tentera Jepun yg jahat. Kang kalau bagi sinopsis kang dah tak bestlah pulak kan. Oh ni kisah benar tau..

Tapi tu pun dah macam sinopsis dah, hihi
My Fav Dreamgirl
Omg I can't believe Fiqa dah terkeluar from Malaysian Dreamgirl okehh..!! I really want her to win, or at least top 3 la kan.. camne leh terkeluar ni? Am I going to watch that show lagi pasni? I dunno lah.. but Hanis and Ringo still ada.. so okaylah.. tengok lagilah kot, hihi

Tak suka okay, tak sukaaa [emo terlebih, haha]

********************************

Update : More about Fiqa and MDG at quaintly.net [Pinkpau is the official blogger for Malaysian Dreamgirl]

I want Fiqa backkkkk
Birthday Present
Yay, dah dapat birthday present dah!

it's a gold, diamond necklace, hihi [gelak kecil sambil bermuka girang]


Happy :)
Selipar Ada 3, So What?
Fuhh.. 6.08pm.. finally I managed to finish my work for today.. erm.. actually tak siap pun lagi.. besok baru bleh sambung.. tapi kasik chance la cakap dah siap keje kan.. keje aku mcm tak siap-siap je sepanjang tahun.. sejak bulan 12 aritu, mcm hari-hari je aku ni byk keje.. tak penah pun satu hari duk berehat kat opis.. dulu-dulu kala selalu la makan gaji buta ni.. hehe..

Asal aku berehat sket je, kang datang laa email from KL suh buat itu ini.. ape HQ ni pakai cctv ke? tak dan aku nak bersuka ria, dah dapat task baru, hampagas betul.

Jap lagi igt nak beli kasut la.. Kasut lagi, haha.. kat umah dah tentu la byk kasut.. kat opis pun sama ok.. kalau bawak rak kasut, boleh penuh rak kasut ok. Ade sekali tu Admin Boss gua dtg menyebuk nak ajak buat ketupat.. tetibe dia tertengok bawah meja.. elok je bersusun kasut.. mcm-mcm kaler, selipar jamban pun ade 3 pasang ok..

Oi Iz, banyaknye kasut you.. pakai ke semua ni? Tengok tu, selipar pun ada tiga?


Ye, selipar ade 3.. sukati la nak berapa pun, aku beli sendirilah.. bukan mintak duit kau, sebuk je. Takde pun dlm company policy takleh bawak kasut byk gi opis.. so sukati la kan.. kekadang pagi-pagi aku nak pakai kasut coklat, bile nak kuar lunch, pakai kasut itam pulak.. balik keje kang, kasut lain pulak.. kan senang kan.. hihi

Dah jadik bos pun nak jeles. Tah pape tah
Saya Pergi Klinik
Malam tadi kan pegi klinik sebab nak amik MC.. pastu aku plak bantai borak ngan doctor tu, siap tanye "Apsal saya cirit birit bile period? Dah la toilet kat office saya tu jauh, penat ok nak pegi toilet byk kali.." Pastu mula la doctor tu ajar seksologi kan.. siap lukis lagi.. pastu explain apsal aku dok berakk je bile period.. barulah saya paham sekarang ni.. igtkan aku ade penyakit kronik ke kan..

Lame ok borak ngan doktor.. siap dia tanye lagi, "Camne company you bleh dpt profit ye?" Aaaaa...?? Soalan ape ni? Kite kan bagi service, mesti la profit datang daripada audit fee tu.. ape la punye doktor.. camtu punye soalan pun nak tanye. Tah ape-ape lagi la borak, cam dah kenal lama je.. bile aku kuar je dari bilik dia, dah gelap ok klinik tu, pintu pun dah tutup separuh.. tinggal misi-misi dia je menggelupur siapkan ubat aku.. dah tak sabau nak balik la tu, padahal baru kul 9.30, hoh.

Dapat ubat ni.. First time dpt ubat ni.. Naproxen.. selalunya dpt Ponstan je.. mungkin sebab kali ni aku komplen lebih, dapat aa ubat baik sket, haha.. dah la kaler biru, mcm Viagra pun ade, cume bentuk lain sket, haha.. tapi mmg power la, makan sebijik je dah baik sakit perutku ini.. tapi takleh makan dgn perut kosong, kalau tak nanti gastrik.. byk songeh la pulak kan kene makan dulu baru bleh makan ubat..

Biasanya kalau period, tgh malam konfem bleh terjaga punya sebab sakit perut.. tapi mlm tadi saya dapat menido dengan girangnya sehingga pagi.. rasa malas nak gi keje mcm nak MC lagi.. tapi tak ngantuk pulak kan, so baik pegi keje kan..

Eee.. rasa dah lame dah kat office, tapi rupenye baru kul 10.51.. lambatnye nak 5.30 hukhuk
Menjadi Semut
He fell asleep at 7.50pm

9:48:52pm
He texted me

tjage pas mimpi menjadi seko semut


Should I laugh or not? Kenapa kitorang mendapat mimpi-mimpi aneh? hahaha.. So I replied to him

hahaha.. did i pijak you or not?


He did not reply.. yet. Mungkin sedang makan selepas penat menjadi seko semut.

Esok along cuti. Rasa macam malas gak nak pegi keje.. kalau tak keje, bleh bawak dia pegi breakfast, then can tengok movie together, then can go shopping kan?

Oklah, nak tgk tivi
Related Posts with Thumbnails