Semalam saya pergi interview. Kat Menara TM. Konon-konon sampai awal la.. kul 7.30 dah kat Federal Highway. Tetibe abang ipar saya salah masuk simpang, terus sesat sampai kul 8.30, berpusing-pusing. Saya bukan orang KL ok.. memang tak tau jalan. Tapi setakat nak suh pegi Ikea ke, One Utama ke, Mid Valley ke, KLCC ke, memang takde hal. Naik bas pun saya reti, apatah lagi bawak kete, hihi
Nasib baik interview start kul 9. Pagi ye, bukan malam. Saya isi form.. nasib baik 1 page je form dia.. tampal gambar. Ohhh saya siap bawak stapler ok. Sebab tau dah mesti kene tepek gambar. Saya takmo pinjam gam orang-orang kat situ, nanti dia eksyen karang, saya jugak yg sakit hati kan. Pen toksah ckp la, bermacam-macam kaler aku bawak. Bekas pensel je tak angkut sekali.
Nasib pen yang ade bau wangi tu takde jual dah skarang. Ke ade lagi ek? Ala mcm pen yang budak-budak skolah dulu guna untuk tulis otograf tu. Bila bukak je page tu, bau harum semerbak mcm tulis surat cinta. Tu masa tahun 90-an la.. rasanya kalau zaman 80-an dulu, kalau tulis surat cinta, kene taruk bedak. Biar wangi, baru la awek suka. Tapi depends jugak la taruk bedak ape. Kalau takat taruk bedak Johnson & Johnson, takde makna. Kena taruk bedak Enchanter ke, baru la wangi. Baru la cinta berputik, ahaha
Lepas isi form, ade budak yang baik ajak saya berborak-borak dan beramah mesra. Kemudian dia mintak number phone saya. Saya pun bagi la, pastu dia ckp akan call saya supaya saya tahu number phone dia pulak. Pastu saya tak dengar pun phone saya berbunyik. Lantas saya pun membuka handbag lalu mendapati handphone saya adalah tiada!
Oh my God!! Where the hell are you lah my phone?? Jatuh? Takkan lah. Telefon saya tu cap ayam je, kalau jatuh, konfem perasan punya.. Dicuri? Takkan orang korek handbag saya, curik henpon je, apsal tak amik wallet gua skalik? Mentang-mentang tak banyak duit cisss. Tapi mcm la henpon saya ade byk kredit pun.. Rasanya ade la balance dalam RM4.20.. Last top up akhir bulan lepas masa lepas dapat gaji. Terer betul saya sekarang, top up RM30 boleh tahan sampai sebulan, kadang-kadang siap expired. Eksyennn ok, hahaha
Saya yakin henpon saya tidak dicuri. Tapi mcm mana nak konfemkan? Takpelah, saya berpura-pura cool dulu. Padahal dalam hati risau dah. Kalau henpon je dicurik, saya tak kesah.. Tapi tolonglah pulangkan memorycard saya yang bersize kerdil tu. Tidaklah mahu gambar-gambar saya disuper-impose bak artis-artis tempatan kita. Mana nak sorok muka ai ni nanti, ohh tidakkk..
Sementara saya menggelupur di dalam hati memikirkan henpon yang missing in action, ade beberapa org candidates lagi yang masuk. Kenapa mereka semua berbaju kurung? Wah nampaknye saya sajakah yg memakai skirt? Tapi saya yakin, masa HR tu call, takde pulak dia suruh pakai baju kebangsaan. Dia suh bawak resume, certificates ngan sekeping gambar berukuran pasport je. Takpelah, sekali lagi saya berlakon cool. Untuk mengelakkan dari berfikir yang bukan-bukan, baiklah saya berborak-borak dengan orang sekitar saya. Amboi nampaknye mereka semua meminjam stapler saya untuk mengelip gambar yeee.. ces
Saya candidate kedua. Interviewer ada tiga orang. Semuanya baik belaka dan bermuka manis sambil bercakap dengan penuh kesopanan dan amat ramah. Jauh berbeza dengan
pompuan kengkang yang interview saya dulu. Tapi saya terpaksa menolak jawatan itu selepas mengetahui gaji yang ditawarkan lebih rendah dari gaji sekarang, dah la post kat KL. Ape ko dah gile nak suh aku survive dengan gaji byk tu? Makan pasir ok. Aku dok Kuantan pun tak cukup gaji, ni pulak nak dok KL, haihh.
Saya pun menuruni lift dan ke Stesen Putra Kerinchi sambil berfikir yang bukan-bukan tentang henpon saya. Kemudian segera mencarik public phone dan menelepon kakak saya di hotel. Fuhhhh nasib baik henpon tetinggal dalam kete daaaaa...
Lepas tu saya call pulak Yus, dia ajak saya ke officenye utk melepak-lepak dan mkn bersama. Saya pun menggunakan syiling doposen dan mengecall Yus.
"OK Yus, Phileo Damansara 1 kat BHP. Ok ok nanti aku gi sana" tut tut tut.. coins tak cukup.
Saya pun menaiki tren ke KL Sentral. Dah dalam tren baru pk, apsal aku tak terus naik teksi je kat sana? Padahal dah sampai KL Sentral tu nak naik teksi jugak. Kesengalan terserlah.
Setelah sampai, saya pun mencarik teksi dan dengan konfidennye menuju ke Phileo Damansara. Dah sampai sana, saya ke kedai mamak dan membeli sekotak air kerana merasa haus.
"Ane, sini kat mana ada public phone?"
"Sori miss, sini area takde public phone"
"Apaaaaaaaaaaaaa????"
Hoh kegelupuran sekali lagi.. mcm mana la aku nak carik Yus ni? Bukannya aku tau office dia katne, nama company dia pun aku taktau laaa.. Dia baru je keje situ sebulan lebih. Adehhh..
Tibe-tibe saya ternampak sebuah kedai prepaid yang ade banner
HOTLINK. Wah, pegi situlah, pinjam henpon pekedai tu.. mesti dia takleh bagi alasan takde kredit, hihiii.. kata saya di dalam hati.
"Boss, where's the nearest public phone?" Tak puas ati, mana tau kot-kot si ane tadi tipu gua kan
"Sorry miss, no public phone la in this area"
"Hahhh? Alamak.. I need to call my friend, tapi I tertinggal handphone la.. Can I borrow your handphone? I pay u lah, don't worry"
"No problem.. just don't steal my phone ar" <-- cobaan membuat lawak, aku gelak la sikit, menjaga hati..
Anak sedara saya skang suka lagu Menjaga Hati tu. Eh betul ke tajuk dia?
"Biarkan aku menjaga perasaan ini, ohhh..
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri..
Engkau pergi, aku takkan pergi
Kau menjauh, aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu.."
Haa lagu tu lah, tapi aku tatau la lirik tu betul ke tak, bantai aje la nyanyi kan.
Sambung.
"Yus, opis ko katne laaa? Aku kat kedai Hotlink ni, datang sini eh"
"Ok, ok"
Rupenye opis Yus kat atas kedai Hotlink tu je.. awww geniusnye sayaa.. nasib baik tak pegi merayau pegi building lain. Takde la susah carik saya, hihi..
Lepak-lepak kat office Yus yang best, maklum la office baru.. masuk office je rasa macam masuk kedai perabot.. bau perabot baru, hihi.. baca magazine, siap berak.. then pegi makan..
Pastu nak balik, naik teksi lagi.. gi KL Sentral semula. Kakak saya tidak tahu di mana Phileo Damansara. Jadi saya pun pegi balik ke KL Sentral. Masuk je kete, cecepat mintak henpon..
Phewww.. seksa gila takde henpon yeee. Masa takde henpon, baru la nampak kepentingan public phone..
Ok lah, bye.. Sayangi handphone anda walaupun ianya handphone cap ayam sekalipun