The Male Brain

Baiklah adik-adik, hari ini kita akan belajar mengenai otak. Gambarajah di bawah ialah gambarajah otak seorang lelaki. Thanks to Dora the Explorer yang email gambar ni kepada sahabat handainya. Thanks juga kepada orang yang email to Dora. And thanks kepada orang yang email kepada orang yang email to Dora. Sampai bila pun tak habis macam ni, hehe

 

male brain male brain

 

Sekali pandang je kita semua boleh nampak apa perkara paling penting dalam kepala hotak lelaki.

 

Sex.

 

Ada dua bahagian paling besar dalam otak manusia, dan bagi lelaki, kedua-dua bahagian itu dimonopoli oleh… sex.. itu je la benda yang dia ingat kan. Takde lainnye dahhh

 

Ok next.. bahagian kedua terbesar, ability to drive manual transmission. Ini saya sangat mengakuinya, rasanya majority pompuan memang suka drive auto. Yelah kononnya lelaki lagi suka bawak kete manual, boleh drive laju katenye. Macam la ko drive auto takleh bawak laju, ceh.

 

Tapi kalau bagi aku kereta manual free pun aku taknak, ngeri woh kalau kat bukit, ketor pale lutut, haha. Masa belajar mandu dulu, dari gear satu sampai lima, amboi kemain laju aku tukar gear.. Tapi bila slow down, aku malas nak tukar gear ok.. boleh dok? Dasar pemalas, haha

 

Paling sakit hati, masa test tu, dapat kete kancil buruk yang gear dia bapak la keras. Ko tekan clutch macam nak mati pun susah nak masuk gear satu. Apatah lagi gear reverse.

 

Macam mana nak lulus kalau masa tukar gear, ko kena pakai dua tangan? macam mana nak pegang stereng lagi? dengan paniknye lagi. Dah la kancil takde ekon.. perghhh memang mengerikan.

 

Nasib baik aku lulus, walaupun bergaduh ngan orang JPJ. Dah lepas gaduh baru sedar lulus atau gagal aku terletak di tangan dia.. oh noooooo!!!

 

Baiklahhhh.. sekarang cuba perhatikan titik-titik kecil pulak. Sakit hati je kalau tengok, haha. Paling tak tahan tengok ‘listening particle’, halus gile macam satu dot je, hahah. memang lelaki tak berapa mendengar sangat kan. Nak kata pekak tak pekak.. kalau diorang dengar pun, masuk telinga kiri, kang kuar balik ikot telinga kanan. Lepas dua tiga hari terus tak ingat. Kira baik la boleh tahan dua tiga hari.. kalau beberapa jam je terus hilang ingatan?

 

Satu lagi kat ‘ironing’. Hahah, gile kecik titik dia. Tapi itu jangan cakap lelaki la, aku pun tak suke ironing. Baju kurung aku kalau boleh biar semuanya jenis kain tak payah iron. Gile pemalas, hahah.

 

Kemudian tengok part ‘TV and remote control addiction centre’. Yang ni pun aku sokong jugak. Lelaki memang suka control remote kan? Sama la macam bapak aku jugak. Padahal kekadang dia tengok cite yang tahape-hape & boring. Saje je nak mendengki tak kasi orang lain tengok tv la tuh.

 

Akhir sekali, sila baca footnote. ‘The “listening to children cry in the middle of the night” gland is not shown due to it’s small and underdeveloped nature. Best viewed under a microscope.’ hahahah.

 

Tapi aku rasa ni mungkin suami yang wife dia tak kerja kot. Skang ni suami yang isterinya bekerja pun bangun gak tetengah malam salin pampers anak. Kan? kan? Sebab tau bininya pun penat gak.. masak, kemas umah.. so kena la tolong menolong kan. Kalau ko nak tidur je macam bos, baik jangan buat anak. Ha ko tido la puas-puas.

 

Esok kita akan belajar otak wanita pula ya.. ingat nak buat satu entry sekaligus, tapi tetibe malas nak menaip..

Related Posts with Thumbnails