How To: Forget Your Ex-Boyfriend

Satu hari saya mendapat satu email dari seorang kawan.. dia ni baru putus cinta.. so dia mintak nasihat aku.. ape kau ingat aku ni Dokter Cinta? walaupun anak buah aku tegedik-gedik berjoget lagu Dokter Cinta, itu tak bererti mak sedaranya seorang dokter ye.

 

“Kak Iz, aku nak mintak nasihat sket dari ko. XX [nama bf dia] dah break off dengan aku.. aku sedey giley wey.. ko tau kan dah berapa tahun aku kapel ngan dia.. aku memang dah konpiden dah dia nak kawin ngan aku.. tetibe je dia ade makwe lain.. cinabeng tul la..”

 

Adik.. [wahh tetiba feeling cam penulis Di Celah-celah Kehidupan macam dalam surat khabar Mingguan Malaysia]

 

Firstly aku tak suka ko panggil aku kak.. dari dulu lagi aku dah cakap kan.. tapi takpe la, aku kasi chance lah..

 

Adik.. ehemm.. aku ni tak reti nak nasihatkan orang, tapi sebab ko paksa gak aku nasihat ko, so aku cuba try test la ok.. mana nasihat yang ko rasa boleh pakai, ko pakai lah.. tapi aku rasa nasihat aku mungkin banyak yang tak boleh pakai hihi

 

Firstly, boleh aku tau kenapa ko break-up dengan si XX tu?

 

“Entah la kak, aku rasa takde sebab pun.. tapi sebelum break-up tu kitorang selalu la gaduh-gaduh.. aku rasa sebab dia ada makwe baru la kak.. ye la, mementang aku ni sibuk, dia pun sibuk carik makwe lain, dasar jantan kabaret!”

 

Ish ko ni konpiden ke sebab tu? Orang je yang salah, ko tak salah? Ape-apelah kan.. takkan aku nak korek sampai ke lubang cacing pulak. Kang ko cakap aku busy body pulak. Ape pun, meh sini aku nak nasihatkan ko:

 

1] carik la pakwe lain.

Ko tu muda lagi wey.. ape yang ko nak risau? bukannya umo patploh tahun. Rupa pun cantik, baik ko bersosial sket.. kawan ngan semua orang. Jangan la duk temenung mengenang nasib. Buang masa tul. Tapi jangan la pulak ko main tangkap muat je.. carik la lelaki yang better dari bf ko yang meninggalkan ko tu..

 

RobertPattinson tapi tolong jangan goda dia ni ya.. ini boyfriend Bella..

 

2] jangan dok pikir dah lelaki tu.

Buang masa ko je, ape ko dapat? Adekah dia kembali kat ko walaupun ko pikirkan dia bagai nak rak? tak kan? Haa jadi sila la lupekan..

 

3] buktikan kat dia yang ko boleh survive tanpa dia.

Aku takde la nak menunjuk-nunjuk.. tapi dulu lepas aku break-up, aku terus dah tak contact dah ex aku tu. Buat membazir credit aku je nak sms or call dia. Baik aku carik bf baru.. hehe

 

4] sibukkan diri ko

Pergi lah menonton wayang.. banyak movie best skang. Pergi la keluar date.. kalau bukan date pun, hang out la dengan kawan-kawan.. Mana tau nanti terjumpa dengan orang yang ditakdirkan jodoh baru ko.. takpun belajar buat cupcake ngan housemate aku.. pastu boleh buat meniaga..

 

5] boleh jugak kalau ko nak ade blog

Tapi jangan la ko cerita kat blog ko betapa hati ko derita, sengsara, sebab teringatkan ex-bf ko tu.. cuba jadi kuat sikit. Mana la tau ex ko tu baca blog ko kan, biar la dia dengki sket, bace ko skang lebih kuat dari apa yang dia sangka. Kot ko dah ade bf yang lebih best dari dia, ko jaja la gambar korang kat blog. Biar dia tengok, hahahah.

 

Eh ni macam ajaran yang tak berapa nak betul, hehe. Tapi ko paham tak maksud aku? Jangan JANGAN Jangannn tunjuk yang ko tu lemah, sedih, lembikkkk.. malu laa kat seluruh dunia.. nanti lagi la ex ko tu rasa dia cam bagussss je dapat buat orang menderita sebab dia.

 

psycho tolong jangan jadi gila

 

6] jangan stalk girlfriend baru dia

Ini perilaku yang tidak bagus. Sebabnya, ko makin buat ex ko tu benci kat ko. Dah tentu-tentu la makwe baru dia report kat dia camni “Darling, you tau tak ex-gf you tu kacau I..? Dia sms/email i tauu.. cakap I perampas.. I tak suka la.. you ade contact lagi dengan dia eh? Hampeh la ex-gf you ni.. dia taktau ke you dah taknak kat dia?”

 

Ko rasa seronok ke kalau ex-bf ko makin benci kat ko? Ko rasa dia nak kembali kat ko ke kalau ko buat camtu? Even IF dia break-off dengan makwe baru dia tu lepas ko stalk2 and sakitkan hati gf baru dia, aku rasa tak mungkin dia nak balik kat ko. Jadi apalah gunanya kan..

 

7] terima je la dia bukan untuk ko

Kalau ko rasa nak maki dia, ha maki je lahhh.. thru email ke, sms ke, sukati ko. Maki hamun la secukup rasa sampai ko puas hati. Lepas tu that’s it. Dah jangan contact-contact dah sampai bila-bila. Tapi jangan la pulak ko maki dia kat wall Facebook or MySpace or kotak komen Friendster.. Tu namanya ko menempah maut. Kalau ko buat gitu, tak mustahil dia datang carik ko untuk kasi pelempang jepun.

 

Ade sesetengah orang boleh berbaik dengan ex dia, tapi bukan aku la.. Takde la sampai bermusuh, or rasa nak bakar rumah dia, or pancitkan tayar kete dia.. cuma takde perasaan nak berkawan dengan dia dah seumur hidup. Nyah kau dari hidup aku..

 

8] jangan dengar lagu cinta

Tapi masa patah hati la biasanya ko rasa semua lagu cinta yang sedey cam sama ngan situasi ko. Sampaikan dengar lagu raya Halaman Asmara dendangan Awie & Ziana Zain pun ko nak sebak.

 

Apatah lagi kalau dengar lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti.. perghhhh.. Sultan Mahmud tak payah susah-susah paksa anak dara nangis 7 tempayan.. Air mata ko sorang je dah lebih 7 tempayan dah.

 

Jadi aku sarankan ko dengar la lagu Black Eyed Peas.. lagu dia semua rancak-rancak. Anak buah aku pun pandai joget lagu Boom Boom Pow.

 

9] buang semua benda yang ex-bf ko pernah bagi

AG6HG4

Tak payah simpan ape pun.. kalau dia bagi ko rantai berlian ke, barang kemas ke, pegi jual, at least dapat gak duit kan, hehe. Kad raya ke, kad birthday ke, yang mana boleh buang, kasik buang semua.. Gambar-gambar semua buang je.. ko nak simpan buat ape? Dapat anugerah “ex-girlfriend paling setia” ke? Lagipun kalau ko ade bf baru nanti, ko ingat bf ko suke ke ko simpan benda-benda tu semua? Toksah la carik gaduh..

 

10] luahkan kesedihan ko

Luahkan la kat kawan baik ko ke, kat kakak ko ke, adik ko ke, mak ko ke.. sesape lah. Ko nangis la sepuas hati. Selagi ko tak lepaskan, memang ko tension la..

 

Cukup la kan 10 tips yang tak berapa nak berguna di dari sudut hati Kak Iz. Akak tak larat dah nak menaip ni.. akak nak sambung baca Twilight hehe.

 

Kepada penghantar email tu, kiranya akak balas emel ko kat blog ni je lah ye. Siap bergambar-gambar lagi.. nak bagi ko bersemangat sikit bace, hihi..

 

Aku bagi nasihat sampai 10 ni bukan nak cakap aku ni cam bagus-bagus je nak nasihat orang kan.. dah tu ko yang mintak nasihat, hahahah. Ape aku cakap nih?

 

Ok dah, babai.. Pandai-pandai la ko jaga diri.

Related Posts with Thumbnails