Menunggang Kelip-Kelip

Wahhh sekarang ada flight ke Kuantan dahhh... jadi saya pun mengebook tiket pergi balik pada 3hb ini. Nasib baik flight kul 7.55pm, tapi harus berkejaran jugak utk sampai ke Subang blogger-emoticon.blogspot.com

Sampai sahaja di rumah,

Saya : Anis, nanti aku balik kuantan naik firefly

Anis : Wahhh, bestnya, apa kata kitorang pun pegi Kuantan minggu tu? Leh jumpa Jojet.

Saya : Haa, ok jugak.

Next day, Anis diskas ngan Bambino lalu mencapai kata sepakat untuk ke Kuantan bersama saya.

Akan tetapi, pada pagi tadi saya telah menerima satu sms:

Firefly FY2131 KUA-SZB on 05APR09 has been cancelled and moved to FY2121 05APR09 depart at 1115Hrs.

Tak lama pastu, Bambino called

"Iz, kiranya nanti malam tu aku tido umah ko la ye, flight kul 11 malam lak"

Padahal bukan 11 malam la, 11 pagi laaaa.. ape barang balik cecepat woi. Pastu aku pun call Firefly. Siap kelentong cakap ahad siang tu aku ade nak gi kenduri, camne aku nak balik kul 11 pagi? Dengan harapan diorang leh refund 100% tiket pegi balik.

Tetapi hampa blogger-emoticon.blogspot.com

Diorang leh refund tiket balik je ciss. Ataupun dia tukarkan flight ke keesokan harinya for free. So ok la kan, stay for one more day, hehehe.

Cherating, nantikan kedatangan kami :):vacation2:

Jet, make sure hotel dah settle ok.

Bai

Lampu, Spa Q dan.. Tomok?
Sabtu lepas korang tutup lampu tak? Aku tengah syok-syok berak ok, tetiba Along tutup lampu, siot je. hahah

Haridz pulak pegi jerit kat jiran tetangga "Uncle Leong, tutop lampuuuu.." japgi kang "Uncle Wong, tutop lampuuuuu.."

Padahal kitorang panggil Uncle, dia pun bantai panggil uncle. Patutnye panggil grandpa la kot? haha. Budak kecik tu excited lebih, mcm satu perayaan pulak bila dia tengok byk rumah gelap.

Sebenarnya plan malam tu nak pegi ronda-ronda, tengok bandar Kuantan bergelap ke tak. Tapi apekan daya orang yang biasanya bawak gi jalan-jalan tu weekend tu kena keje. Kasihan sungguh. Tapi tu plan aku sorang-sorang je, plan dalam hati. Hahahaha.

Cuti hujung minggu dihabiskan dengan menonton telenovela dan drama-drama yang telah dirakam sepanjang minggu oleh emak. Contohnya Spa Q. Walaupun saya balik rumah lewat setiap hari, tetapi tetap dapat mengikuti drama tersebut sehingga ke episod akhir. Terima kasih Astro Max :)

Adakah akan ade Spa Q 3? Tetiba si Julia mengandung la pulak kan. Mesti dia nak guna anak dia nanti untuk rampas harta Qistina. Adakah? Adakah?

Rambut 'Datin' Sofira terus jadik hitam bila dia duduk dalam penjara, hehe. Ok, rambut palsu. Pelakon Spa Q memang suka memakai rambut palsu sejak season 1 lagi. Paling menyampah tengok rambut Fatin masa Spa Q 1. Eeee.. kalau pun nak pakai wig, carik yang lawa sket boleh? Outdated betul gayanya. Kali ni rambut si Julia pulak. Huduh ok, huduhhhh

Kenapa taknak biarkan dia guna rambut dia je? Makin cacat rupanya bila pakai wig tu, hoh

Aku selalu berangan nak beli wig, tapi bila teringat cite The Wig, terus tak jadi

Grrrr..

Tak pasal-pasal aku bunuh orang pulak lepas pakai wig. Ha cane? Mungkinkah Julia dan Fatin menjadi jahat sebab rambut palsu mereka? ahahah.. cuba tanya Rina Khan. Takpun tanya kakak ipar Siti Nurhaliza, hehehe..

Hari ni start cerita baru, Matahari kot tajuk dia. Mesti terpengaruh dengan tajuk lagu Agnes Monica tu. Dan-dan la buat cerita tajuk Matahari. Takpe, nanti emak tolong recordkan. Kalau best, boleh la tengok. Janji cite tu tak macam Sembilu Kasih dah la. Yang tu memang takleh blah.

AF ape cerita wey? Aku tak layan langsung. Konsert pun tak tengok. Ye la, sebab rumah aku kat sini takde Astro, jadi kitorang tengok siaran percuma je. *sOb Sob* Contohnya American Idol, One in A Million.. Bambino hari tu dia vote for Tomok. Betulll.. tak tipu.. haritu nampak dia vote Tomok hahahah

Kan? kan? Sila mengaku ye

Dah, sila sambung buat kerja masing-masing.

I'm Back!
Saya ingin berblog semula secara aktif. Mana la tau boleh jadi kaya kan? Mungkin itulah jalan paling mudah untuk menjana pendapatan bagi orang yang malas sepertiku. Tu pun kalau ade orang yang bace la. Kalau takde? Hahahahah

Tapi ape benda yang nak diblogkan wey?? Life aku ni pegi keje, balik keje je. Takde cerita best pun?

Hmmpphhh

Diari Seorang Pemalas
Sejak kebelakangan ni, hati rasa mcm nak resign and start business sendiri. Haha. Sebabnya ialah seperti berikut:
  • malas nak bangun tido
  • tak larat nak redah jem
  • pemalas nak drive
  • nak lebih pendapatan supaya dapat lebih shopping
Boleh terima ke alasan aku? hahah. Ade hati nak start business, tapi nak business ape pun tak tau. Nak buat kek macam anis? Takde bakat. Walaupun anis sudi nak ajar aku buat kek secara percuma pun, minat tu takde.

Time dia tetonggeng-tonggeng buat kek, aku tengok tv, takpun tido. Selalunya tido la, sbb dia suka buat kek malam, lepas balik keje. Time deco je kadang-kadang aku tolong taruk benda bentuk love tu ke, yang senang-senang la. Tu pun kejap je, pastu kang aku dah bosan, tinggalkan je, sambung tengok tv, hahah. Kesian anis, tak dapat bantuan dari housemate.

MLM? Hmmphh adik aku dah bebuih suruh aku join Ecofirst dia. Aku pelik camne orang join MLM bleh dapat banyak untung? Tak payah la suruh aku carik-carik downline ni, aku tak pandai marketing. Kalau pandai, takde la aku kerja bahagian belakang tabir je mcm skrg ni, hohoh

Malas nak kerja :(

Ex-officemate aku kat Kuantan dulu, now nak buat part time Financial Planning untuk company. Dia partnership ngan kawan dia kat Penang. Dengar cerita untungnya banyak jugak. Modalnya cuma kena pegi training je. Lepas dah terrer, boleh start dah. Yang best tu kwn aku si amoi tu cakap "Takpe Iz, kalau bisnes aku maju, nanti aku bukak branch kat Kuantan and appoint you as Admin Director.."

Pehhhhhh terus nak jadik Director kauuuu, hahahah

Finally dah pukul 5.10pm. Aku start create entry ni dari pukul 2 tadi ok. Sambil borak, gosip, email, chatting, buat kerja sket..

Ok bai, Jumaat ni aku balik kampung lagi, yay!

My 2009 Birthday
Hari ini saya berusia 26 tahun 2 hari. Dah tuo den.. uhuk uhuk.. Last week of kos la balik Kuantan kan, takkan aku nak selebret birthday sesorang kat kl? Apa ko dah gila??

Sampai Kuantan dekat kul 12 hari Jumaat tu, then we had supper. Memula dia tanya nak makan katne, but since my nephews dah tunggu kat rumah and asik suh balik cepat, so we had a quick supper nearby. Tepat kul 12, dia nyalakan lighter and wished me Happy Birthday. Kesian aku takde lilin, dapat tiup lighter je, hahaha.

"Esok kita pergi dinner ok?"

Yahoooooo!! sambil angguk-angguk girang, hehe

My mum was the first person to wish me Happy Birthday, via sms kau. Jangan main-main. Tapi sume pakai capital letters. Mak marah ke mak? haha

Lepas makan, he sent me to along's house, whole family were there except my brother, dia memang jarang balik. Haridz sang me Happy Birthday and buat bising sampai his baby brother pun bangun. Then along cakap "Abang, cakap kat mak ngah, sorry la tahun ni takde hadiah"

Then Haridz cakap "Eh mak ngah, tahun ni ada hadiahhhh"

Pastu along cakap "Eyy, mana ada la, cakap kat mak ngah, takde hadiah"

"Adeee hadiahhhh.. tuuuuu ha hadiah kat atas aquarium" sambil tunjuk-tunjuk, hahaha

"Yaayyyyyy ada hadiahhhh.. bak sini"

Ni bukan hadiah ni? Mama ni tak baik tipu tauu

"Adiah ape ni bang?"

"Emm.. mama cakap henpon, sebab henpon mak ngah yang cap ayam tu buruk sangat.."

Cis!

Rupanya ialah perfume cap buaya :)

Wangi tau, dah la kaler pink, hehe. I love it, thank you :)

TetibaHaridz cakap "Mama, abang ingat malam ni nak tido rumah nenek la, nak tido ngan mak ngah.."

Perghhh.. tido dengan gua ke? Nasib ko dah tak payah kena salin pampers or minum susu tengah malam. Kalau tidak, jangan harapppp

Ramai jugak yang wish aku birthday malam tu, sampai kul 4 pagi pun ade yang wish, my own best friend iaitu Jojet. Ko tak tido ke Jet? Bambino wish awal, hehe.

Tepat 8.32a.m, he called and sang me Happy Birthday. I was so touched. I was born at 8.32a.m on 21 March 1983, and he was the first person who sang & wished me happy birthday (again) at 8.32, sharp. Biasanya orang suka wish pukul 12 tgh malam kan?

Thank you ye darling. I lap yu. Tak sangka you set alarm at 8.32 just to sing me happy birthday, hihi. Mesti lepas tu dia sambung tido punye, gerenti. But he said he will picked me up at 4pm.

Tapi mcm biasa la, padahal 4pm tu baru keluar dari rumah dia.

and he gave me this :)

Hati merasa girang :) Pastu kitorang pegi makan ice cream..

Sedap, nyam nyam

Henpon cap ayam aku dok bebunyik je. Cewah konon ramai la orang wish aku, hehe. Pagi tu Anis sms, then petang sket Yus lak call. Saya rasa sungguh disayangi.

Lepas makan ice cream, pegi carrefour lak. Ada orang nak beli lampu solar.

gini lah lebih kurang. aku google je.

Sampai kul 7.30, then beransur lah. Perut dah lapar ni beb.

We went to Swiss Garden :)

pic ni aku amik kat website je.

Ramai gila orang kat sana sampai nak carik parking pun struggle. Sebab ade family retreat Khazanah Nasional. Kemudian kami menuruni tangga dan ke

The Garden Terrace.

Restaurant ni kat poolside. Jadi adalah cantik. Plus kan ade Khazanah's event, so ade banyak lampu-lampu dan keadaan sangat terang di sekitar pool.

Ini gambar yang diambil dari henpon cap ayam


Cantik kan?

Kebetulan hari tu ade International Buffet Dinner. So kitorang taknak A'la carte. Kang tak kenyang perut aku hehe.

Lepas kitorang duduk, the waitress datang and tuang air. Remember this entry?

I finally saw it, and touched it, LIVE!

Hahaha. cawan kecil bercahaya! Aku belek-belek la jugak cawan tu. Nak tengok gak dari mana datang cahaya tu. Tapi sungguh misteri la. Aku taktau cane leh bercahaya. Ke sebab pantulan cahaya? Kalau siang, dia bercahaya tak?

Anis, jom beli nak? Kan harganya RM5 boleh nego. Hahaha

Makanan banyak jugak. Sila makan sampai semput. Oh ikan bakar pun ade ye :)

Ikan pari sungguh sedappppppppp!!


Guava juice di samping cawan kecil bercahaya


Starfruit juice di samping cawan kecil bercahaya


Wah asik enterprame je ko ye cawan kecik

Orang berpura-pura makan


Kek kecil bercahaya!

Haha.. tipu je. Kek celah mana la pulak nak keluarkan cahaya ek. Kena lak taruk LED kalau nak bagi kuar cahaya, hehe

Ice cream stoberi custom made.

Macam-macam aku humban dalam tu, siap letak anggur. Hahah. Oh di samping beliau ialah udang yang tak habis sebab tak cukup well done. Jadi adalah agak sukar hendak membuang kulitnya lalu saya malas hendak habiskan.

Hadiah? Ehem yang tu harus dirahsiakan dulu.

Itulah dia liputan sambutan hari jadi saya untuk tahun 2009. Minggu depan balik lagi untuk menyambut bersama sanak kaum famili pula. Gembira sungguh.

And for those who wished me happy birthday, thank you very much. I love you all.. muah muah muah.. Cewah macam menang Oscar.

Tahun depan wish la lagi ye. kasik hadiah sekali. Jangan lupa ya
Sesat Di Estet
Hari-hari try nak buat entry, tapi mesti penyudahnya tak buat jugak. Nak online kat rumah, kat celah mana la pulak nak dapat access kan. Tapi kalau nak subscribe broadband or mende alah wimax tu pulak, rasa macam membazir. Ye la, hari-hari sampai rumah dah malam. Lepas makan, tido.. nak online pun takde masa. hehe

Ok, ni cerita last week ye. Aku tak balik kuantan last week. Gara-gara budak cuti skolah la ni, hoh. Aku lupa diorang start cuti, so dengan eksyennya tak beli tiket bas. Hari Khamis baru nak tehegeh-hegeh call kakak tiket bas.. Kakak tu dengan riaknya berkata, "Tiket satu pun dah takde dik, semeeee abis"

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Nak balikkkkkkk

Anyway, masa tu Anis mencadangkan pergi tengok kelip-kelip kat Kampung Kuantan pada hari Sabtu. Cadangan disokong oleh Bambino. Bolehhh la kan, tak dapat balik Kuantan, dapat gi Kampung Kuantan pun jadik laa

So hari Sabtu dlm kul 6 tu, kitorang baru gerak. Ikot jalan ke Kuala Selangor. Tapi signboard Kelip-Kelip Kampung Kuantan tu mcm sial. Memula ko nampak lagi 6km. Kang lepas 6km, ko nampak lagi 6km. Pastu kang 6km lagi. Mangkuk betul. Siap masa kat trafik light, turun tingkap tanye kat orang kete sebelah.

Tapi kami sampai ke destinasi dengan jayanya. Sori la gambar takde sebab dah malam. Kitorang ni mane la ade kamera canggih yang boleh menjadikan malam seperti siang di dalam gambar :(

Satu sampan RM40. Ehhh aku ingat naik bot. Rupanya naik sampan ke? Ok, so kitorang ade 3 orang, kena bayar RM40 gak ke? tanya Anis kepada abang kaunter. Pastu kami diberi 4 botol air mineral. So kitorang tanya la, air mineral ni kalau taknak, takde ke dapat diskaun? Ye la, nak tengok kelip-kelip tu setengah jam je, takkan la sampai kena minum air? Dahaga benor ke ko?

Tiba-tiba..

"Cepat la sikit! Macam-macam nak tanya, taknak air la, itu la, ini la.."

wahh nampaknya ada orang nak carik gaduh..

"Eh, kurang ajarnya!" Anis dah naik angin

"Sape kurang ajar?" dia tanya balik.

"Engkau la!!" Bambino dah meninggikan suara

Terus minah tu diam. Kau orang melayu, takde adab ke?? Bukannya barisan tu panjang sangat sampai ko takut kempunan tak dapat tengok kelip-kelip??? Lagipun kitorang bukannya menggatal dengan abang kaunter tu, kitorang bertanya ok. Bukannya kitorang tanya sampan tu berapa panjang dan lebar, berapa banyak kayu digunakan untuk membina sampan. Benda-benda yang logik untuk ditanya la. Sebab kadang-kadang orang meniaga ni, bila kita tanya, baru la dia ckp ade potongan itu, potongan ini ye tak?

Cuba kalau kitorang ni foreigner, dok tanya mcm-mcm soalan kat orang kaunter tu, ko berani ke sound? Kalau foreigner bertanya macam-macam, ko ckp dia berminat nak tau pasal Malaysia, tapi bila orang Malaysia sendiri yang tanya, ko nak kurang ajar. Lempang nak?

Eh kau sekolah kat mana? Cikgu ko tak ajar mcm mana nak hormat orang eh?

Walaupun kadang-kadang aku kepala angin, tapi takde la sampai tiba-tiba je nak sound orang. Kalau orang buat hal dengan aku, baru la aku mendidih.

Ko apsal? Cacat eh? Tetibe meroyan, sebab bf ko nak break-off ke? Tu yang ko datang tgk kelip-kelip nak tenangkan pikiran?

Imagine la betapa kurang ajarnya minah tu, sampai kawan-kawan yang datang sekali ngan dia pun terus ketepi bila kitorang sound balik minah tu. Malu nak ngaku kawan gamaknya. Kesian korang dapat kawan takde adab camni.

Tengok kelip-kelip setengah jam je, masa nak balik tu kitorang sesat fuhhh sampai dua jam lebih. Tah ceruk estate mana tah kitorang redah. Konon ikot jalan alternative, amik kau sesat sampai ke tengah malam. Masa dah masuk ke estet mana tah, kitorang dah sedar yang kitorang dah sesat, so nak patah balik, sekali jalan tu tinggi gila ok. Nasib tak terbalik kete gua. Masa tu Anis yang drive. Pastu dia suh aku ngan Bambino turun dulu sebab takut kete berat sangat, takleh nak balancekan balik. Bayangkan la kitorang turun dari kete, kiri kanan estet. Gila seram. Rasanya muka masing-masing dah putih dah. Ye la takut hantu, takut orang pun ye jugak. Takut harimau pun sama. Horror gilaaa

Nasib baik kete full tank. Siap kena lalu jalan tidak berturap selama lebih kurang setengah jam. Eeee seram gilaa. Dengan hujan renyai-renyai. Hoh.

Akhirnya kami tiba ke Kuala Lumpur. Masa pergi ikot jalan lain, masa balik, ikot jalan lain habisss. Tak kesah la, janji sampai. Malam tu sekor-sekor tido pengsan.. termasuk la orang yg tidak memandu, hahaha.

Ok dah, dah.. babai

Teka Lagu
"Emmm.. emm emmm emmmm... emm emm emmm.." suara seorang makhluk menyanyi

"Nyanyi lagu ape tu? Tah penah dengar pun.. cuba nyanyi kuat sket, nak teka.."

"Hish.. [sambil tesengih-sengih] Emmm.. emm emmm emmmm... emm emm emmm.. ha cuba teka" sambil bermuka eksyen

"Eh lagu ape yek.. Alicia Keys ke? Fergie?"

"Bukan la, teka lagi.."

"Taknak teka dah.. serender dah. Bagitau la, lagu ape.."

"Ramai yang gemarkannya, terasa segar sentiasa, resepi mempersona, tinggi kualiti.. Gardeniaaa sungguh enak dimakan begitu sajaaaaa.."

???!@$#%^*#%

Ok.. lagu Gardenia T_____T
Chipmunk Dewasa
Pada suatu petang, sedang saya mengemas almari, tiba-tiba saya ternampak sesuatu..


oh my god.. baru teringat. Aku pernah minat kat budak kecik ni ok.

Anyway, Aaron Carter ni kecik-kecik cute je kan.. Aku pun tak pernah amik tau mcm mana rupa dia sekarang. So tadi aku pun google la...

Wah.. kacak rupanya kau ye. kawin jom! hahahahaha..

Kecik-kecik suara macam chipmunk je, dah besar pun kau sekarang ye Aaron. Tak sangka aku. Eceh, macam kenal aje, haha.

Korang dulu masa muda-muda minat kat sape wey? Baik ngaku. Aku nak jawapan berunsur artis saje. Jawapan seperti "Aku dulu minat kat abang senior yang pengawas masa aku tingkatan tiga dulu" Jawapan camtu ditolak sama sekali ye.

Ada sorang budak kelas aku tu dulu minat gila kat Salman Khan ke Shah Rukh Khan tah. Siap ngaku abang, hahahah. Masa tu katenye tengah popular cite Kuch Kuch Hota Hai. Lepas tu cite Mohabbatein pulak. Kat India masa tu tengah kemaruk buat cerita budak-budak kolej. Padahal sesuai ke Shah Rukh Khan jadik budak kolej? Cuba imagine Rosyam Nor jadik budak kolej...

Eeeeeee.. tak sesuwai

Tapi masa tu aku pun layan jugak la tengok Kuch Kuch Hota Hai. Tapi tak tengok wayang la.. beli vcd je.. masa tu mana ade dvd lagi. Subtitle pun takde tau. Jadi aku ngan kakak aku layan tengok je la sambil agak-agak ape agaknye maksud dialog diorang tu, hahahahah. Siot je. Dalam pada tak paham tu pun, boleh gak nak sedih-sedih. Tah pape tah

Bile cerita Mohabbatein, kan ade ramai hero & heroin, mula la sorang satu mengaku diri sendiri. Masa tu aku tak join la aktiviti mengaku diri artis hindustan ni. Sebab masa tu gua tengah kemaruk Westlife ke Backstreet Boys tah. Rasanya Westlife kot. Backstreet Boys maza zaman purba. Shane Westlife kiut tau. Pegi la google. Tapi aku taktau la skang dia camne. Umo dah 30 dah rasanya.

Tapi kalau orang putih ni, makin tua makin kacak kan?

Ok la, cukup la tu. Aku malas nak menaip la. Bai korang.

Related Posts with Thumbnails