Pandai gile aku pilih jeruk. Semua sedap-sedap belaka. He said the kodondong tak sedap sebab muda. Memang aku sengaja amik yang muda, yang kecik-kecik. Sebab takde sabut. Kalau yang besor, mesti ade sabut. Leceh nak makan. Yang ni senang, sumbat je dalam mulut. The mango pun best gila.. ahhhh.. nyesal beli sikit je :(
Jeruk ni mahal ok. Aku beli separuh container tu je, dah RM7 lebih. Bukannye banyak mane sangat. Mesti kau charge mahal sebab bekas tu kan? Mana taknye, dia timbang ngan bekas tu sekali. Lain kali aku nak bawak plastik je. Taruk jeruk dalam plastik sendiri.
Eh kan kedai tu nama Iz Jeruk. Adakah mengutuk kedai sendiri? hahahah.
Kitorang gi makan kat A&W sebab tak ramai orang, malas nak menunggu. Bukan setakat tak ramai je, A&W tu dah nak tutup dah pun. Masa tu dah kul 9.30. So makan laju-laju, then terus menuju ke tempat favourite beliau. Aku rasa mcm ramai je lelaki suka pegi Ace Hardware ni. Kalau tak Ace harware, ade satu lagi kedai DIY ni kat OU. Mende tah name dia
Aku suke la jugak pegi tempat ni. Sebab jumpa benda pelik-pelik dan menarik, hehe. He went to pipe fitting punya department, aku merayau ke mana-mana tah dalam tu. Syok jugak tengok barang-barang made in China or Japan ni. Pastu kat sini ade jual calculator gergasi. Calculator size A4.. hehe. Rasa macam nak beli je nanti
Dalam tu sampai kul 10 lebih sket je, dah kena halau sebab diorang nak tutop kedai dah.

Jalan-jalan kat luar. Perlu ke nak buat family parking mcm ni? Dah tu bukannya buat byk pun, ade la dua kotak kat setiap entrance. Padahal berduyun-duyun je orang yang bawak family datang sini.
Ini tidak adil!
Tu pun selipar beli kat Giant je, RM3.99 je, Leceh betul nak berjalan pakai kasut nih. Selipar jugak yang jadik pilihan. Kang pakai kasut, nak pusing One Utama pun tak mampu kang. Baru suku OU aku dah lenguh kaki.
Korang dah lunch ke? Pergi makan sekarang.
Babai



















tumbuk kangg




















