Showing newest 6 of 23 posts from August 2009. Show older posts
Showing newest 6 of 23 posts from August 2009. Show older posts
Halfday Yay!
Hey hey heyy.. korang puasa ke? Erm.. aku esok la kot baru puasa, hihi.. Tapi walaupun tak pose, tetapppp la aku yang bersemangat nak makan bila sampai time berbuka.

Ok, bulan tak puasa pun aku memang suka makan T____T

Semalam pergi rumah Yus. Kul 4.45 gerak dari office, kul 5 je dah tercongok depan tv. Best kan. Suke tau rumah Yus, sebab dekat ngan opis aku, hahahah

Lepak-lepak dan gelak-gelak sambil menyakat Hani & gomol Abdul Rahman. Yang si Yus pun sama naik menyakat anak sendiri sampai si Hani melalak-lalak. Then kul 7 ramai-ramai gerak pegi rumah Kak Mas. Seronok adik beradik Yus ni, semua rumah dekat-dekat, boleh jalan kaki je.

Cantik rumah kak mas selepas dimake-over oleh Eric Leong. Haritu masuk tv, ape rancangan tu nama dia? Casa Impian? eh ke Deco Bersama Eric? Sori tak amik gambar sebab battery exhausted.

Bukak puasa kat rumah dia sambil tengok cerita Penunggu kat Astro Prima. Benci tau, tengok cerita hantu masa maghrib. Dah la aku nak kena balik rumah sorang-sorang. Mula la terngiang-ngiang cerita tu dalam kepala otak aku.

Balik rumah layan Project Runway jap. Tengok diorang buat baju pakai Levi's 501. Yang pemenang for that challenge, design dia akan dijual secara limited edition kat levi.com, syok kan?

Ok lah, gambar ni ditujukan khas buat cousin tercinta yang sibuk nau nak tengok gambar rumah gua. Tidak kang dia nak putus sedara. hahah. Gambar dalam rumah tak boleh bagi aaa.. luar rumah je, hehe




Ni pun gambo lame la.. masa tu orang tak ramai pindah lagi. sebab tu pool kosong. Kalau skang ni, masa hujan je pool kosong.

Aku nak bekerja dengan gigih jap. Petang ni nak cuti yahuuuuuu..

p/s: I bet with him on something. Sape kalah kena belanja keepsi. Kalau aku menang, aku nak meal yang paling mahal. Tapi kalau dia menang, aku belanja chicky meal je cukup, muahahaha

Rumah 5 Bintang Ke?
Pagi tadi sebelum gi keje, layan cite Usop Sontorian kat tv sambil makan nasik panas, sambal tumis ikan bilis yang diimport dari kuantan, telur mata & kicap. Siap buat air milo. hehe.

Meletop kau.. sedappppp..

Lepas dah kenyang, gi turun kat management office. Nak buat access card. Leceh betul. Malam tadi kena marah ngan pak guard kat dalam lif sebab aku takde access card. Eleh mcm la aku sorang yang takde, kecoh la lu. Padahal pak guard hari sebelum tu, elok je gunakan kad dia.

Tetiba la rasa macam aku ni menginap kat hotel pulak. Nak naik lif pun siap nak berkad-kad bagai. Pening tau tak kepala otak aku. Dah tu satu kad RM30 lak tu. Mahal woii.. RM30, bukannya RM3.

Sebelum ni ada resident card, aku ingat dah cukup la. Now nak access card lak? Berapa banyak kad daaaa.. tu aku tak amik parking.. aku bantai je park kat mana-mana kosong kat bawah tu. Kalau aku amik parking, tambah lagi access card.

Patutnya menda alah card-card ni, owner yang kena arrange. Tapi harap maklum ye, owner rumah aku tu taik idung masin. Kedekut tahap Haji Bakhil. Macam la kau sediakan rumah bertaraf 5 bintang kat tenant kau.

Lampu dah la asik rosak. Skang ni duduk rumah, tak payah la susah-susah nak pasang kipas. Sebab kipas yang ada tu, pasang no 5 pun, pusingnye macam no 1. Lagi slow dari no 1 kot. Kalau nak hilangkan peluh, 5 jam pun belum tentu peluh ko hilang.

pakai kipas ni lagi sejuk


ni macam kipas aku je, hehe.. tapi bukan ye, ni gambar google.

Dulu parking pun macam tu, sampai Anis pegi report kat agent lain, then agent tu pegi suruh agent kitorang desak owner suh bagi parking, baru la dia nak bagi.

Astro pun sama. Rumah kitorang tu sampai ke sudah la takde astro nampaknye. Sebab owner kedekut nak bayar RM200 untuk dapat access. Dah tu katenye poyo konon rumah tahap hotel laaaa.. takmoh la depa tengok ada astro dish besepah-sepah kat building. So diorang pasang satu je dish kat roof top. Sape nak pasang astro, kena bayar RM200 kat management, baru dapat line, then pastu baru la ko arrange ngan astro.

Keji tak keji skang ni? Semua benda nak charge. Yang si owner pulak, semua benda takmo bayar. Macam la orang nak bawak lari rumah dia tu.

Padan muka ko, sebab kitorang dah cat dinding rumah kau. Wahahahahah. Kalau tanya, konfem la dia tak bagi kan. Mampus kau la, sape suruh kedekut sangat.

Nasib je kena sign agreement utk tinggal kat umah tu selama setahun, kalau tidak, aku rasa kitorang dah cabut lari dah pindah kat tempat lain.

Korang Berbuka Puasa Kat Mana?
Korang berbuka makan ape malam tadi? Aku sampai ke petang tatau nak makan kat mana.. dalam kete tetiba teringat ayam penyet.. Penyet pun penyettt lahhhhh


iklan sekejap [padahal tatau nak taruk gambar ni kat mana hahah]

Call diorang for reservation kul 5.30. Nasib baik ade tempat lagi. Kalau tidak, adakah berbuka makan meknonat je?

Ini bukan tempat aku la, mana aku tau nak makan kat mana yang best for berbuka. Ceceh nak yang best je, hahah.


kuih-muih

Ok la kan dari restoran biasa yang bagi 2 bijik kurma je. Ni at least dapat gak kuih muih. Kalau makanan sampai lambat pun, takde la rasa nak menyumpah sangat kan.

Bulan puasa pun nak menyumpah ni apahal? Bawak mengucap ye.

Walaupun aku tak puasa kan, tapi aku yang makan melebih-lebih. Siap amik cili extra lagik


perempuan tamak amik banyak-banyak

Masa makan tu tak ingat la sakit perut. Memang la pedas, tapi bila pedas tu, minum aje la Soda Gembira tu. hehe.. Soda Gembira tu air bandung ye.


the ayam penyetttt

Tapi kali ni tak berapa nak penyet sangat la.. Hmm.. eh tah-tah dia lupa nak penyetkan sebab banyak nau orang kot?

Nasik amik 3 kauuuu.. makannye dua orang jee.. tamak tak tamak skang? Makan habis pulak tu.. Ni bukan tamak lagi, ni pelahap. hahahah


tahu, tempe & telur

Kali ni tak amik sayur pun. Makan tempe sampai kembung. Baru la jawa. hehehe

Hasilnya hari ni.. ceret beret dari pagi.

Berak pun rasa macam berak lada.

Stress sungguh

Lawatan Ke Zoo Negara
Tetiba je satu hari tu, Joanna & I plan nak pergi Zoo Negara. Masihkan anda ingat yang aku cakap tak penah pegi zoo negara? Jo pun cakap dia tak pernah pegi, hahahahah. So kitorang pegi hari Sabtu. Tak ingat dah Sabtu bila, rasanya 2 weeks ago kot.

Dari rumah pukul 11 lebih. Ikot Kesas lalu tiba dengan selamat ke zoo negara. Jauh kau nak pegi zoo. Tapi bersemangat punya pasal, takpo hehe

Kitorang bayar RM15. Tipu tau Anis cakap RM5, hoh. Zaman bila woih RM5 tu? Masa kau tadika ke? Tekejut gak aku kalau RM5, biar betul. Rupanya memang tak betul.


bukti yang kitorang pegi zoo negara, haha


carik toilet dulu sebelum mulakan operasi


konon takut sesat la, amik gambo map dulu, haha



Tengok pic di atas.. haiwan ini sangat bertenaga, bersifat ingin tahu dan suka meninjau persekitaran.


Inilah ia. Ada nampak macam sangat bertenaga tak? hahah


arkkk erkkk.. kepala tersangkut!!


ini baru haiwan yang bertenaga.. tengok muscle dia


tak pasti sama ada babi ini selsema atau tidak


panda yang sakit.. kandang dia kosong je..

Kitorang sgt takjub melihat haiwan-haiwan kat sini, ye la selalu tengok dalam tv je. Kalau tengok real lagi la syok kan. Especially kalau binatang yang kat dalam tv pun kau tak pernah tengok.


contohnya ini

Terer gila weh. Tatau binatang ape nih nama dia. Dia macam mengais-ngais something dalam air tu. Nampak macam basuh kain tepi sungai pun ada gak, hehe. Elok lak tu tak jatuh tegolek dalam air tu.


erghhh... jauhnya perjalanan.. penat dah jalan. hummphh


giraffes

Aku tanya Jo, "Oi, giraffe ni kat hutan Malaysia ada ke?"

Hampeh dia pun taktau. Aku imagine giraffes ni kat Africa je ada. tul tak? Mesti terpengaruh cita Madagascar ni. Giraffe jadik doktor haiwan, hohohh


fat arm!!

I love Joanna's camera. Buat aku nampak gemuk sket, hehe. Masa tu kat Muzium Lebah kot. Lebah kat luar tu besar gila, tapi sesungut dia dah tercabut, so dia sambung balik pakai tali. Lawak sungguh


gajah suka makan tebu


Jo dalam penjara


monyet ini gembira melihat Jo dipenjarakan


singa yang eksyen

Kitorang semangat gila nak tengok singa and rimau. Tapi diorang cam boring je. Takde pun nak aummm aummm grrrrrrr roarrrrr

Boring ok. Hampa

Aku rasa diorang pun boring duk dalam zoo

Oh wait, ataupun adakah diorang dah dibisukan? Sebab sangat senyap ok.. dah la camera pun takmo pandang


last-last tepaksa amik gamba patung je

Ok dah.. nak makan oreo.. oppss
Happy Macam Bebudak Pegi Toys' R Us
One day, we went to Koon Hoe. Tempatnya terletak di PJ. Dekat gak la ngan Kanna Curry House. Sebelum datang sini, gi makan nasik daun pisang dulu, hahaha. [ini ialah entry lama-lama yang aku buat 1 paragraph je, pastu tak siap-siap sebab entry Bandung menyusul dahulu. Skrg baru ada masa nak sambung semula]

Koon Hoe ni tempat jual bathroom accessories. Ada showroom jugak.

dah la ade sale, hohhh!!


Premtex - brand kegemaran dia. Brand barang-barang bathroom



Happy gile dia masuk dalam showroom ni, macam budak-budak happy bila masuk Toys R Us. Bersinar-sinar mata. Girang habis. Padahal jual water tap


padahal jual shower head


padahal jual WC = jamban. Bukan PwC ok, hahahah

Aku pun tak reti nak describe benda-benda ni, hahah. Tapi actually syok jugak tengok-tengok.


sauna pun ada

Especially yang ni, siap imagine bersauna, hahahah


jamban yang banyak

Masa tu tengah sale, semua items 40% discount. Macam-macam brand ada. American Standards, Premtex, Doe. Pilih je mana ko nak. Lepas pilih barang, bayo, nanti dia bagi resit, pegi collect sendiri barang kat warehouse dia.

Warehousenye kat situ le jugak. Jalan sikit je dalam doploh langkah dah sampai.

Yang gambo kat atas ni, kat warehouse la. Tak payah risau takde stok, hehe


tengok berapa tinggi

Tapi takpe.. petang tu ialah my turn.. muahahahaha.. jumpa cousins kat Mid Valley pulak.


halooo everybody!!

Kitorang jumpa kat food court yang jual laksa kat dalam jusco tuh. Layan gak makan laksa kat situ.


satu set ada laksa, air soya, ngan bubur kacang. Tak ingat berapa ringgit


with me in the picture. Takkan asik-asik aku je yang jadi tukang amik gambo kan, hehe


ashraff guna my handphone to take this pic, bagus gak kualitinya kan? hehe


hi, my name is bunny lady

Zaida sibuk belek baju untuk anak dia, kakak dia pakai telinga bunny, hehe


say cheeeeesssseeeeee

Memula aku nak amik gambo candid, sekali bila diorang nampak je aku pegang camera, terus masing-masing amik tempat, lalu pose.

Wah?

Adakah mengambik gambar beramai-ramai di shopping mall?

Macam rombongan sekolah, hahah

Dulu masa sekolah, aku tak penah pun pegi rombongan ke mana-mana :( Melaka tak penah pegi, zoo negara tak penah pegi, muzium pun..

Tapi haritu dah pegi zoo negara dah.. nantikan kemunculan entry lawatan ke zoo negara ok, hehe

Besok kena pegi Koon Hoe lagi. Nak beli bermacam barang kat situ, pastu nak balik Kuantan. Tatau muat ke idak kete tuh. Siap nak beli jamban lagik tuh, haih

Selamat berpuasa ye korang. Aku tukar gambar kat comment box tu sempena bulan puasa. Takleh tengok gambar menjolok mata bulan pose nih. Tengok gambar roti john pulak kali ni ok

Ole-ole
"Ngap ngap.. lapar hoh aku ni. Terpaksa makan kerepek je", kata little deputy


"apa? nak sikit? Sori ah, dah masuk mulot dah seme. wahahah"


kat toilet lobby

Masa tu orang seme tgh breakfast, sekali Haridz nak berak. Arghhhh.. since aku dah siap makan masa tu, so aku la jadik mangsa teman dia ke toilet.

Oih penat dah aku nak update pasal rombongan cik kiah ni.. habis sume cite lain pending. cecehh konon banyak cerita la ni, hahah.


mama, jom lah kita balik ke tanah air..


tapi sebelum balik kena bayar airport tax


para penumpang, sila beri perhatian.. ini ialah sabuk pengaman..


kalau dah pakai tu, sila ketatkan, tarik nihh..


sila pakai topeng ini untuk kelihatan lebih anggun di waktu kecemasan


sape nak swimming, boleh guna ni.. ada wisel lagi, hehe


babai bandung. I'm gonna miss youuuu

Nanti nak pergi lagi la.. sape nak ikot? hehe. Selain membeli barang untuk diri sendiri, telah jugak membeli hadiah untuk beliau. Dia dah kasik aku duit belanja sebelum gi Bandung haritu, takkan la aku bagi dia keychain je kan? hahahah.. So I bought him...

.....

.....

.....

.....

.....


tadaaaaa

Marlboro 20 Limited Edition. Aku beli satu katon kat dia hahahah. Hamik ko 200 batang, ehehe. Murah je woiiiiiii.. Aku suka kotak dia cantik. Pastu takde gambar-gambar keji macam kaki gangren la, jantung itam la, kanser otak la heeeeee.. paling takleh tahan ada gambar janin. Suka-suka hati je kan taruk gambar anak orang kat kotak rokok??

Aku bagi dia rokok bukan sebab nak galakkan dia merokok ok.. saja-saja je.. buah tangan, hahahah. Selain tu ada gak la benda-benda lain aku beli.

Kerepek pun ado!

Ok dah, the end
Related Posts with Thumbnails