Sesat Di One Utama

Hehe.. saya ada satu cerita. Hari Ahad, Dura sms ajak pegi tengok cite Toothfairy. Dia menang tiket Nuffnang. Dia ni asik dapat tiket free je, menyampah. Ceh tetibe menyampah orang tak tentu pasal, padahal dengki.

So Monday, petang tu Dura cakap dia punye phone battery dah nak mampus so apepehal jumpa je dia kat TGV One Utama.

Okay.. oleh kerana aku dah banyak kali gak la ke Ikano, so tentu la tau macam mana nak pegi One Utama. Small matter bebeh. I can go there by myself. Takyah GPS pun takpe. Eksyen.

By 7.45pm, dah sampai kat parking. Aku park kat Rainforest B1. Sebab dah biasa park kat situ.. dengan harapan “kalau park kat sini, kang nak balik sure aku tak sesat punyalahh” sambil tersenyum girang. Actually takde la biasa, tapi setiap kali datang, memang park situ la. Ala yang ada kolam ikan tuh, hihi. Gemok-gemok kauu ikan dia.. siap melompat-lompat lagi. Eh korang jangan plak pasni park kat situ ya, kang aku datang, takde parking lak.

 

Lalu misi menuju ke TGV pun dimulakan. Macam mana nak mulakan pun tak reti. Nak mula dari kiri ke.. dari kanan ke.. last-last cam biasa ah, SESAT. Kat mana je yang aku tak sesat?

map

sekarang baru nak tengok map? dah terlambat ok

 

Tu la masa kat opis, taknak check dulu map. Padahal kalau tengok map pun macam la paham kan. Ade GPS pun sesat.. inikan pulak map. Aku rasa kalau masa sekolah dulu masuk pengakap, mesti sekarang ni aku pandai baca map ngan kompas.

 

girlscout_cookies mungkin juga akan menjadi penjual biskut hehe

 

girlscout

tapi kalau pakai camni jual biskut, mesti hasil jualan setinggi bisnes multilevel.. pastu boleh la aku pung pang pung pang berlagak dan promosi kat wall Facebook biar semua orang delete aku dari friendlist diorang, hehe

 

Anyway, dah la makai high heels sebab siang tu ada event. Dalam kete ada la selipar, tapi takkan nak pakai skirt ngan selipar? Nak tanak jalannnn la jugakk.. pusing dan pusing dan pusing.. tak jumpa jugak TGV ni. Kat celah mane la gamaknye. Tengok map dalam OU tu pun still sesat. So aku pun call Lina (dia ni pernah jadi duta OU sebab office dia dulu kat KPMG Tower, hihi) tapi tak pickup phone pulak. So call Oleen.. still aku tak paham gak direction dan bertambah sesat.

 

Lalu mengambil keputusan untuk call Yus.. yakni duta untuk hampir kesemua shopping mall di Lembah Klang, Kuala Lumpur mahupun Selangor.

Terer ok si Yus ni.. dia bagi direction je, terus aku sampai ke destinasi dengan selamat. Terima kasih Yus yang cantik (dan dan cantik.. tapi memang cantik pun..)

 

yus nah terimalah bunga dariku sebagai tanda terima kasih.. hehe (padahal gambar cilok dari Facebook dia)

 

Kemudian tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu.. tak sampai-sampai gak si Dura ni. Bedebah sungguh. Dah la nak call tak dapat sebab hp dia dah koma dah. Naik lenguh leher aku sebab dok terteleng-teleng, terjenguk-jenguk cari dia. Macam-macam menda pk masa tu. Wah macam mana kalau tiba-tiba Dura kena ceret-beret lalu kensel plan nak ke OU? Pastu dia tak dapat nak call aku sebab hp dia koma and dia stuck in traffic jam so kena tunggu sampai rumah baru boleh call aku. Memang nak kena belasah Dura ni, kataku di dalam hati.

 

Lama ok aku tercongok kat situ. Nak merayau-rayau kang takut nanti bila dia dah sampai nanti dia lak tak jumpa aku. Kang aku carik dia, dia carik aku.

 

Dekat kul sembilan baru Dura tiba. Penyabar tak aku? Kalau la Dura ni makwe aku, mesti aku dah panas woihh. Ingat nak marah, tapi bila tengok si Dura sampai dengan berpeluh dan tercungap-cungap sebab rushing, terus tak jadi. Dia ada call aku sekali, rupanya masa tu dia pegi kedai handphone & pinjam bateri kat kedai tu. Or pakai simkad dia & guna kedai tu punya handphone kot.. gitu lah lebih kurang.

 

Touching aku dengar..

 

Nasib baik Toothfairy tu kelakar la jugak.. Abis je movie, OU dah tutup. So kena turun ikut satu lif tu je. Which aku tak nampak pun ada button B1 kat lif tu. So macam mana la nak balik ni? Paling bawah ialah LG. So aku fikir takpelah.. nanti turun la lagi satu level.

 

Hamik kau.. sesat lagi sekali. Lalu aku pun mengambil jalan yang konon-kononnya mudah la, yakni bertanya kepada guard kat situ.. sebab diorang bawak basikal. Mungkin boleh tolong carikkan kereta.

 

25012010142 siap tunjuk gambar

 

Nasib baik aku bijak bak sang kancil sebab amik gambar tiang parking aku. Kalau tidak sah-sah ilang ingatan.

 

Si guard tu, dia sedap-sedap naik basikal, kita kena follow dia jalan kaki. Stress. Namun harapanku musnah bila guard tu tunjuk tempat yang salah. Ape kau ni dah buta ke apa? Kan dalam gambar tu ada tulis lot parking tu? Aku park kat 1C. Dia tunjuk yang ada C je, takde 1. Tak ke menaikkan darah tu? Dah la aku ni letih ni pakai kasut tinggi, lapar pulak tu, penat lagi. Carik kete Dura pun tak jumpa. Last-last kitorang decide carik kete sendiri.

 

Saya ada satu cadangan untuk One Utama pertimbangkan. Boleh tak sediakan shuttle? Yakni kereta panjang macam kat zoo negara tu.

 

9_Passenger_Electric_Passenger_Shuttle_Car macam ni haa

 

Suruh guard bawak shuttle tu bantu orang-orang yang sesat macam kitorang ni carik kereta. Tak aci ok guard tu naik basikal, customer kena jalan kaki ikut kat belakang. Kesian la kitorang tau.

 

Nasib jumpa kete aku dulu. Pastu round carik kete Dura pulak. Minah tu lagi blur, parking kete dia kat mana pun dia nyanyuk. Guard cakap kalau tak jumpa kete kat situ, means dia park kat tingkat 3 or 4.. ke 4 or 5 aku pun tak ingat dah.

 

Dangggg!!! Adakah kereta beliau berada di tingkat atas?

 

Saya : Kereta kau kat atas ke Dura?

Dura : Aku pun tak sure.. aku rasa ye kot.. takpelah, kita keluar.. nanti ko drop je aku kat tepi tu, aku masuk dari luar. Kau jangan risau, aku ada pepper spray.

 

 

PSCOMBO12_Pepper_Spray untuk keselamatan diri, bawalah pepper spray ini kemana-mana

 

Kasehan Dura.. macam-macam hal menimpa.. handphone koma la.. tak jumpa kereta park kat lagi.. hehe. Nasib baik akhirnya jumpa kereta dan selamat sampai ke rumah.

 

The next day, aku demam ok. Mungkin sebab terlalu letih dan gigih bekerja since awal bulan haritu. Cewah.

 

Ok dah, bye-bye.

Related Posts with Thumbnails