Treats Cafe @ TTDI

Semalam sambil main Cafe World, sambil bersembang dengan Yus kat YM & opkos sambil buat kerja la kan.. Then Yus ajak datang umah dia.. Sampai umah dia, main-main ngan Abdul Rahman & Hani Marissa yang extremely adorable. Rasa nak picit-picittttt. Dah la sorang-sorang muke cam Jepun.

 

Yus lawak gila ok. Main Cafe World sampai sanggup set alarm pukul 4.30 pagi sebab nak angkat ayam dia. Tak angkat kalau, basi pulak. Over ok, masa bulan puasa, nak bangun sahur sikit punya malas hahaha.

 

Then kitorang pegi makan kat Treats Cafe di TTDI. Sangat mengebest ok makan kat situ. Dah la sedap pastu tempat dia sangat selesa & sesuai untuk family.

 

Picture 015 [640x480] eh apakah itu?

 

Picture 009 [640x480] wow, tempat bermain rupanya

 

Picture 008 [640x480] jadi Hani Marissa yang berambut gulung-gulung boleh main dengan gumbira

 

Picture 006 [640x480] nak tido pun boleh.

 

Picture 011 [640x480] jadi mama bolehlah duduk dengan tenang dan bergambar :)

 

Picture 014 [640x480] the cafe

 

Kitorang datang kul 9 lebih, tempat tu tutup kul 10, sebab tu la dah takde orang.

 

Picture 019 [640x480] Picture 021 [640x480]

 

Picture 023 [640x480]makanannnnnnnn

 

Picture 031 [640x480] hai, saya Abdul Rahman, nak berkenalan?

 

Picture 030 [640x480] Picture 032 [640x480]

 

Saya akhiri entry ini dengan video Abdul Rahman merangkak seperti askar jepun. Dah la muka jepun. Kejap je dah enam bulan dah budak ni. Rasa macam baru je pegi hospital tunggu mak dia beranak.

 

Sila la tengok, sangat comel ok.

 

 

Babai

The Female Brain

Seperti lelaki, perempuan juga ada otak ya.. Jangan berani cakap perempuan ni takde otak. Aku benci betul lelaki yang suka berlagak macam la dia tu pandai sangat, lepas tu ikut sedap mulut dia je nak cakap orang pompuan ni takde otak. Wahhh.. berani ye.. habis nanti kau kawin dengan siapa? bukan dengan pompuan kah? Kalau pasal kawen, nak pulak ko kawen dengan orang yang takde otak ni kan?

 

Dasar lelaki.

 

Wow, emosi pulak.

 

female brain the female brain

 

Baiklah. Gambarajah di atas menunjukkan otak seorang wanita. Yang mana bahagian paling besar dimonopoli oleh headache generator. Hehe

 

Aku taktau la pemahaman aku sama ke tak ngan korang, tapi aku rasa pompuan ni memang suka sakit kepala kan. Buat-buat sakit kepala pun ye jugak :p

 

Kemudian dalam kepala otak pompuan ni, memang kasutttttt manjang. Kasut dah ade 8 rak kat rumah, tapi still cakap takde kasut. Kalau tak kasut, handbag.

”I rasa macam nak kena beli kasut baru lah.. kasut I dah takde..”

Wahh ini dialog rasmi. Malam tadi aku pun guna dialog ni, tapi replace perkataan kasut dengan ‘handbag’ hehe

 

Tiba-tiba je kan takde kasut/handbag. Mana pergi semua kasut/handbag kau? Oh satu lagi, baju pun ye jugak. Dah penuh sarat almari kau dengan baju, sampai nak tutup almari pun kena tolak-tolak baju semua, pun boleh pening kepala pagi-pagi sebelum gi keje sebab kononnya takde baju.

 

Eh macam kena kat diri sendiri je semua statement di atas. hahaha. Sebabnya, pompuan tak boleh bezakan antara keperluan dan kemahuan. Tengok part ‘Realization of wants vs needs’ Gila kecik, satu dot je. hihi.

 

Kemudian, benda yang penting dalam otak seseorang wanita ialah anniversaries & birthdays. Sangat la betul. Kalau lelaki, birthday sendiri pun dia tak ingat. Kalau pompuan, siap countdown kau.

 

“Birthday I lagi 10 bulan tau, rasanya baik you kumpul duit dari sekarang untuk beli hadiah I..”

Padahal baru je 2 bulan lepas sambut birthday, dah start countdown birthday yang akan datang. Eh ini macam aku je. hahahah

 

Bagi pasangan bercinta pulak, kalau boleh nak selebret anniversary setiap bulan.. sedangkan boyfriendnya anniversary tahunan pun belum tentu ingat. Siap kena taruk dalam reminder kat handphone lagi sebab takut kalau lupa nak wish girlfriendnya tepat pada pukul 12 tgh malam, kang ade yang gila meroyan 3 hari 3 malam pulak kan. Lepas tu setiap kali anniversary bulanan, nak hadiah. Hahahah.. ini memang parah. Kalau bf kau anak Tan Sri boleh la kan.. tu pun bapaknye yang Tan Sri, bukan bf kau. Tapi ini bukan aku la.. aku tak sambut anniversary bulanan ni, haha

 

Pompuan juga suka bercakap. Tengok dari berapa panjang entry aku nih pun dah tau aku suka pot pet pot pet. Gossip sana, gossip sini. Tak dapat gossip secara live, gossip thru YM or MSN pun layan jugak. Siap buat conference lagi, gosip beramai-ramai. Gosip ikut email pun tak kurang hebatnya, hehe

 

Kalau tengok dalam keluarga (termasuk sepupu sepapat, makcik-makcik), yang suami-suami semuaaaaa pendiammmmm.. duduk diam je baca suratkhabar or tengok tv, layan anak.. Yang isteri-isteri ni, semua port duduk dalam bilik nenek sambil bergosip. Eh ini pun macam keluarga aku, hahahah.

 

Driving skills pun macam satu dot je. Nasib nampak. Kalau kena tengok under microscope mmg parah la, haha. Ramai orang suka cakap pompuan ni takde skill memandu.

 

“Eee lembab gilaaanya kete depan nihh.. tak nampak ke traffic light hijau tu? cepat la sikit, bongok betul.. ni mesti pompuan yang bawak kete tu”

Padahal yang cakap tu pun pompuan jugak. Ahahahahah. Asal bawak kete lembab je, mesti kah pompuan? Padahal kekadang ade gak lelaki yang bawak kete lembab. Kalau lelaki macam ni, ko kena tengok sket, kadang-kadang kot ade pompuan yang tak kelihatan dalam kete tu.. eh eh jangan bertukar jadi 18sx lak blog aku ni. hish terasa keji, tapi takpe la, malas aku nak tekan backspace, hahah.

 

Ok dah, gila panjang berjela, tak larat aku nak menaip dah.. yang lelain tu korang tengok dan bandingkan la dengan diri sendiri ok, sure sama sebijik punya, hehe

The Male Brain

Baiklah adik-adik, hari ini kita akan belajar mengenai otak. Gambarajah di bawah ialah gambarajah otak seorang lelaki. Thanks to Dora the Explorer yang email gambar ni kepada sahabat handainya. Thanks juga kepada orang yang email to Dora. And thanks kepada orang yang email kepada orang yang email to Dora. Sampai bila pun tak habis macam ni, hehe

 

male brain male brain

 

Sekali pandang je kita semua boleh nampak apa perkara paling penting dalam kepala hotak lelaki.

 

Sex.

 

Ada dua bahagian paling besar dalam otak manusia, dan bagi lelaki, kedua-dua bahagian itu dimonopoli oleh… sex.. itu je la benda yang dia ingat kan. Takde lainnye dahhh

 

Ok next.. bahagian kedua terbesar, ability to drive manual transmission. Ini saya sangat mengakuinya, rasanya majority pompuan memang suka drive auto. Yelah kononnya lelaki lagi suka bawak kete manual, boleh drive laju katenye. Macam la ko drive auto takleh bawak laju, ceh.

 

Tapi kalau bagi aku kereta manual free pun aku taknak, ngeri woh kalau kat bukit, ketor pale lutut, haha. Masa belajar mandu dulu, dari gear satu sampai lima, amboi kemain laju aku tukar gear.. Tapi bila slow down, aku malas nak tukar gear ok.. boleh dok? Dasar pemalas, haha

 

Paling sakit hati, masa test tu, dapat kete kancil buruk yang gear dia bapak la keras. Ko tekan clutch macam nak mati pun susah nak masuk gear satu. Apatah lagi gear reverse.

 

Macam mana nak lulus kalau masa tukar gear, ko kena pakai dua tangan? macam mana nak pegang stereng lagi? dengan paniknye lagi. Dah la kancil takde ekon.. perghhh memang mengerikan.

 

Nasib baik aku lulus, walaupun bergaduh ngan orang JPJ. Dah lepas gaduh baru sedar lulus atau gagal aku terletak di tangan dia.. oh noooooo!!!

 

Baiklahhhh.. sekarang cuba perhatikan titik-titik kecil pulak. Sakit hati je kalau tengok, haha. Paling tak tahan tengok ‘listening particle’, halus gile macam satu dot je, hahah. memang lelaki tak berapa mendengar sangat kan. Nak kata pekak tak pekak.. kalau diorang dengar pun, masuk telinga kiri, kang kuar balik ikot telinga kanan. Lepas dua tiga hari terus tak ingat. Kira baik la boleh tahan dua tiga hari.. kalau beberapa jam je terus hilang ingatan?

 

Satu lagi kat ‘ironing’. Hahah, gile kecik titik dia. Tapi itu jangan cakap lelaki la, aku pun tak suke ironing. Baju kurung aku kalau boleh biar semuanya jenis kain tak payah iron. Gile pemalas, hahah.

 

Kemudian tengok part ‘TV and remote control addiction centre’. Yang ni pun aku sokong jugak. Lelaki memang suka control remote kan? Sama la macam bapak aku jugak. Padahal kekadang dia tengok cite yang tahape-hape & boring. Saje je nak mendengki tak kasi orang lain tengok tv la tuh.

 

Akhir sekali, sila baca footnote. ‘The “listening to children cry in the middle of the night” gland is not shown due to it’s small and underdeveloped nature. Best viewed under a microscope.’ hahahah.

 

Tapi aku rasa ni mungkin suami yang wife dia tak kerja kot. Skang ni suami yang isterinya bekerja pun bangun gak tetengah malam salin pampers anak. Kan? kan? Sebab tau bininya pun penat gak.. masak, kemas umah.. so kena la tolong menolong kan. Kalau ko nak tidur je macam bos, baik jangan buat anak. Ha ko tido la puas-puas.

 

Esok kita akan belajar otak wanita pula ya.. ingat nak buat satu entry sekaligus, tapi tetibe malas nak menaip..

Related Posts with Thumbnails